Intelektual Sufi

"Jika anda ada sebiji epal dan saya pun ada sebiji, apabila anda berikan kepada saya epal tersebut dan saya pun berbuat demikian kepada anda (saling bertukar epal), maka anda masih memiliki sebiji epal dan saya pun sama. Tetapi apabila saya kongsikan pada anda satu ilmu dan anda berikan saya satu ilmu, maka saya akan memiliki dua ilmu dan anda pun dua ilmu."

- Tidak Rugi Berkongsi Ilmu -

Jom Jadi Usahawan...

Selasa, 2 September 2014

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA...

Kuliah Maghrib setiap hari rabu di Tahfiz An Nur Setiu

Macam menangis pulak pak cik2 dengar TENTANG CINTA...
CINTA ALLAH
CINTA RASULULLAH
CINTA NEGARA
CINTA SUAMI KEPADA ISTERI
CINTA ISTERI KEPADA SUAMI
CINTA AYAH & IBU KEPADA ANAK-ANAK
CINTA ANAK-ANAK KEPADA IBU & AYAH
CINTA GURU KEPADA ANAK MURID
CINTA MURID KEPADA GURUNYA
CINTA SEORANG SAUDARA KEPADA SAUDARANYA
CINTA ITU, CINTA INI, DAN CINTA APA SAJA
JADIKANLAH CINTAMU ITU MENEMANIMU HINGGA KE SYURGA
JANGAN BIARKAN CINTAMU MENJERUMUSKAN KE LEMBAH NERAKA
DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA.... 















Ikhlas Dariku,



Bersama Mahasiswa/i Diploma Pengajian Islam UniSZA

Jika perjalanan hidup kita ini bisa diumpamakan seperti air, maka jadikanlah ia umpama air yang terus mengalir dan bermanfaat kepada makhluk sekeliling. Jangan jadikan ia umpama air yang bertakung yg semakin hari semakin tercemar sehingga bisa menjadi tempat pembiakan makhluk yang membawa mcm2 penyakit...


Ice Breaking


Cebisan tayangan video Muhasabah Ramadhan


Berkongsi ILMU + KEBAIKAN


Peserta Program Mukhayyam di KEM MERANG


Hidup biar bersedia untuk menabur bakti

Ikhlas Dariku,


Jumaat, 20 Jun 2014

TAK KENAL MAKA TAK TAHU... BETUL TAK?



INTELEKTUAL SUFI CENTRE merupakan sebuah syarikat bumiputera yang telah berdaftar secara perkongsian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak mei tahun 2012. Penubuhannya dipelopori oleh golongan usahawan muda yang terdiri daripada 6 orang graduan Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dari pelbagai bidang pengajian bertujuan untuk memenuhi keperluan semasa pendidikan dan sosial masyarakat melalui sektor perkhidmatan dan pemasaran produk buku-buku versi islamik yang diterbitkan oleh pelbagai syarikat penerbitan buku di seluruh Malaysia agar proses penyebaran ilmu dan maklumat dapat diperluaskan kepada segenap lapisan masyarakat dalam usaha untuk membentuk kesedaran Islam yang murni di samping mengajak masyarakat mendekatkan diri kepada Allah dan Rasulnya.
  VISI 
Melahirkan Generasi Beriman, Berilmu dan Beramal 

Misi 
Memartabatkan Pendidikan Islam, Memperkasakan Pembangunan Ekonomi dan 
Memperkukuhkan Kesatuan Ummah 

Moto 
ISLAMIC + INTELLECTUAL + INDEPENDENT 

INTELEKTUAL SUFI CENTRE kini dalam rangka untuk melaksanakan satu projek pembangunan modal insan kepada para remaja dan pelajar-pelajar sekolah yang muslim khususnya diseluruh negara yang akan bermula di negeri Terengganu sekitar daerah Kuala Terengganu yang akan berpusat di Gong Badak  yang akan dibuka dalam usaha melahirkan rasa tanggungjawab sosial kepada masyarakat melalui perkhidmatan yang disediakan. 

Syarikat bercadang untuk menyediakan perkhidmatan Latihan Kepimpinan, Ceramah motivasi, bimbingan al-Quran & Fardhu Ain, Asas Kaedah Bahasa Arab, Tuisyen Akademik dan jualan buku-buku Islamik, motivasi serta e-Book perniagaan yang terbuka kepada masyarakat sekitar yang berminat.

Kelas Intensif Asas Bahasa Arab

INTELEKTUAL SUFI CENTRE bakal menawarkan beberapa jenis perkhidmatan kepada masyarakat, antaranya

   1. Al-Fateh Leadership Training (A.L.E.R.T)

   2. Bengkel Mudahnya SolatModul Santai Mempelajar Solat  (S.M.S)

   3. Ceramah Motivasi ( Cth : Motivasi D.O.A. & Q.U.D.W.A.H)

   4. Kelas Tajwid & Tahsin Al-Quran (Matan Hidayah As-Sibyan)

   5. Kelas Intensif Remaja MukminKelas Fardhu Ain (K.I.R.A.M)

   6. Kelas Intensif  Asas Ilmu Nahu & Sorof – (Matan Al-Jerumiyah & Tasrif)

   7. Bimbingan & Motivasi Keusahawanan ( Next Abdul Rahman Ibn ‘Auf )

   8. Jualan Produk Digital ebook dan buku-buku motivasi, ilmiah dan agama
Porgram-Program yang dijalankan

Usahawan Muda Muslim Prihatin Dakwah,
Mahmud bin Jamaludin Al-Hafiz
Prinsipal Trainer & Motivator ISC-Training
No Hp : 013 - 204 1392  

Rabu, 4 Jun 2014

AKU

Selagi aku mampu, pasti aku turuti kemahuan ibu & ayah,

Tapi Ibu telah pergi disaat aku masih bertatih untuk menjadi seorang anak yang berbakti,

Kini aku hanya ada ayah, insan biasa yang tidak punya harta untuk diwariskan kepada anak-anaknya,

Disaat kematian ibu, aku tidak mampu berada disampingnya apatah lagi mahu turut dalam menguruskan jenazahnya. Bahkan hanya bisa menziarahi pusaranya hanya sekali sehingga kini sejak 2003.

Aku bertekad di dalam hati, jika Allah takdirkan aku tidak pergi dulu sebelum ayahku dijemputNYA, aku pasti nekad untuk pulang kepangkuannya agar penghujung hayatnya terpandang wajahku sentiasa berada disampingnya. Sungguh peristiwa ke atas ibuku tidak ingin berulang ke atas ayahku.

Ayah selalu berpesan di akhir bicaranya, belajarlah baik2, baik-baik saja kamu diperantauan tu setiap kali bercakap di corong telefon. Setelah itu aku akan duduk merenung sebentar dan bertanya kepada diri...

"Adakah Aku Ini Anak Yang Sudah Berbakti atau Belum???"

Aku lebih rela tidak punyai simpanan untuk diri sendiri dan masa depan demi menyenangkan hati ayah.

Bila aku berbeza melihat dengannya dalam sesuatu perkara. Pasti aku nyatakan pandangan secara baik dan rasional bukan emosi dan berharap dia menerimanya.

Namun bila aku dapat tahu dia seakan2 tidak berapa berkenan walaupun hanya mengiyakan dihadapan, aku pasti mencari ruang untuk mengambil hatinya semula dengan beralah dan berusaha memenuhi pandangannya..

Kerana aku yakin, kelembutan itu pasti bisa mencairkan hati manusia...

Hari demi hari, ujian demi ujian datang bertandang tanpa mengenal belas kasihan...

Adakalanya aku hampir2 mahu rebah dan tersungkur, namun terus cuba gagahkan diri demi keluarga dan ummah... Lontaran kata Hipokrit (munafiq), gelap hati dengan harta, sombong dll pernah membuat diri rasa terhina dan terzalimi. Namun aku mengambilnya sebagai iktibar kerana mungkin itu teguran Allah buatku yang pasti tidak pernah lepas dari kesalahan dan dosa...

Selagi kudrat masih ada, selagi otak masih mampu berfikir, selagi lisan boleh menutur bicara, selagi hati masih mampu ku rawat, selagi diri masih diperlukan untuk berbakti pasti akan ku kerahkan selagi mampu...

Kerana ungkapan yang ingin ku pegang kemas dari KALAM RASUL yang MULIA :
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang bermanfaat kepada orang lain.."

Buat teman2 yang punya ayah n ibu,
Fikirkan perkara ini :
Jika ASTRO lebih sanggup kalian bayar secara konsisten berbanding mengirimkan belanja untuk ibu ayah yang memerlukan aku kira kita sudah berlaku zalim...

Jika kereta idaman kita lebih kita agungkan daripada datang mengungjungi dan bertanya khabar mereka selalu, maka renungkanlah semula...

Jika ketidakcukupan kamu dalam menyara kehidupan sering kamu keluhkan berbanding jasa yang telah ibu dan ayah kita curahkan, maafkan aku kalian tidak akan pernah cukup sampai bila2..

Kerana keberkatan PASTI datang bila kalian MENGHARGAI jasa ORANG TUA kalian..
 Firman Allah SWT : 
"Beribadahlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa..."
Surah An-Nisa, ayat 36
.
Juga dalam Surah Al-Isra', ayat 23 yang bermaksud. Firman Allah SWT:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia"
Sedangkan mengucapkan 'ah' tidak dibenarkan, apatah lagi mengucapkan perkataan yang lebih teruk atau meninggikan suara. Alangkah bertuahnya mereka yang masih tinggal di bawah satu bumbung dengan kedua ibu bapa mereka, kerana dengan melihat wajah kedua ibu bapa, beroleh pahala dari Allah. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tidak ada seorang pun yang memandang wajah kedua ibu bapanya dengan pandangan penuh kasih sayang kecuali Allah menuliskan (pahala) untuknya oleh sebab pandangannya itu seperti (pahala) haji yang maqbul (diterima) lagi mabrur (berpahala)."

Sabtu, 31 Mei 2014

Jom Jadi Usahawan!




Kisah Semut dan Kuda

Pada suatu hari, seekor kuda sedang beristirehat kerana merasa kepenatan setelah memikul barangan yang membebankan. Beban yang cuma sebesar setengah daripada punggungnya itu telah diletakkan dipunggungnya oleh majikan kuda itu. 


Perjalanan yang begitu berat ditambah pula hari yang begitu panas terik, maka kuda itu pun beristirehat di pohon rendang, dengan nafas yang termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih.

Ketika kuda itu sedang beristirehat t, tiba-tiba lalulah segerombolan semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira sambil membawa makanannya juga. Sambil membawa beban masing-masing, ada yang membawa bangkai, tulang-tulang binatang termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya lagi. Kuda itu itu berasa hairan apabila melihat segerombolan semut itu senang hati dengan riang gembira bernyanyi-nyanyi. 

Semut juga melihat kuda terduduk dalam keadaan kepenatan. Sebaik sahaja menghampiri kuda tersebut, ketua semut itu bertanya kepada kuda,  

“Hai kuda, apa yang sedang kau lakukan di sini.”

“Saya sedang berehat wahai semut,” jawab kuda.

“Kenapa kau kelihatan begitu penat sekali,” tanya semut lagi.

“Itulah dia saya begitu penat sekali sebab membawa beban ini, beban yang tidak sebesar badanku ini tapi tersangatlah penat bagiku,” jawab kuda itu lagi.

Maka semut itu pun bertanya, “Siapa punya beban yang kau bawa itu, wahai sang kuda?” 

Maka kuda pun menjawab, “Bos aku punya, yang sedang minum dan makan-makan di
bawah pohon di sebelah sana tu.” 

“Oh begitu....” kata sang semut tersebut sambil tersenyum..

Sang kuda berkata, “Eh! Kamu semua ini pula, kenapa nampak begitu gembira?” tanya sang
kuda kepada sang semut tadi. 

“Kami memang begini setiap hari. Kami juga membawa beban yang berat bahkan lebih berat dari badan kami tetapi kami rasa gembira sekali.” 

“Kenapa boleh jadi begitu ya?” tanya sang kuda dengan rasa hairan.

Ketua semut itu diam sejenak lalu berkata: “Barangkali kerana kita mempunyai jurang perbezaan wahai kuda.”

“Apa perbezaannya?” tanya kuda. 

“Kamu membawa beban yang berat tetapi beban yang berat itu bukan kepunyaanmu, tetapi majikanmu yang sedang makan minum di bawah pohon sana sedangkan, kami semua membawa beban memang lebih besar daripada badan kami tetapi beban-beban ini adalah kepunyaan kami sendiri, dan bukannya bos kami.” demikian penjelasan semut. 

Kuda itu termanggu-manggu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tetap seekor kuda. 

Apakah moral yang boleh kita perolehi dari cerita ini? 

Ada banyak! 

Tetapi satu pengajaran yang boleh kita ambil disini ialah... 

Walaupun beban, dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh seseorang usahawan di dalam dunia perniagaan itu selalunya lebih besar dari dunia makan gaji, namun, mereka akan tetap sentiasa tabah dan gembira menghadapinya. 

Kerana, mereka tahu, mereka sedang berusaha untuk mencapai impian mereka sednriri, dan bukannya impian orang lain atau impian bos mereka.

 Petikan dari Laporan khas yang dibawakan oleh www.sifumalaysia.com