Intelektual Sufi

"Jika anda ada sebiji epal dan saya pun ada sebiji, apabila anda berikan kepada saya epal tersebut dan saya pun berbuat demikian kepada anda (saling bertukar epal), maka anda masih memiliki sebiji epal dan saya pun sama. Tetapi apabila saya kongsikan pada anda satu ilmu dan anda berikan saya satu ilmu, maka saya akan memiliki dua ilmu dan anda pun dua ilmu."

- Tidak Rugi Berkongsi Ilmu -

Jom Jadi Usahawan...

Rabu, 4 Disember 2013

INILAH JALANKU!!!


“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-An’am : 153) 

Barisan Ko-Ordinator Program yang berdedikasi
Sudah diketahui bahawa setiap orang yang mempunyai matlamat akan berjalan di jalan yang selamat, jalan yang boleh menyampaikannya kepada matlamatnya. Ia berusaha sedaya upaya untuk mengenali jalan serta tanda-tandanya sebelum ia memulakan perjalanan agar tidak terkeliru dan tersimpang ke jalan yang lain, tidak terbuang dan tersia-sia usaha dan tenaganya, waktu dan masanya, tanpa bergerak untuk sampai ke matlamat yang ditujunya. Lazimnya orang sedemikian akan meminta bantuan daripada orang-orang yang arif dan pakar mengenai jalan tersebut untuk mendapatkan tunjuk ajar dari mereka dengan syarat orang-orang itu boleh dipercayai dan bersifat amanah dalam tunjuk ajarnya. Jika tidak, pasti ia akan tidak berpuas hati dengan tunjuk ajar yang diberikan mengenai jalan tersebut.

Motivator Import dari SABAH

Matlamat menjadi mahal, tujuan menjadi suatu yang bernilai tinggi mengikut kadar minat dan keinginan yang kuat untuk sampai kepadanya. Disinilah letaknya kepentingan untuk mengenali jalan yang benar, waspada dan berjaga-jaga mengenai liku-liku dan simpang siur yang boleh membawa seseorang itu semakin menjauhi dari matlamat asalnya, terutamanya ketika mana berada dipersimpangan yang banyak cabangnya, terkejar-kejar ke hulu dan ke hilir oleh orang yang sedia menunggu di situ lebih-lebih lagi orang-orang berkepentingan menurut hawa nafsu sehingga boleh menyimpangkan seseorang itu dari jalan yang benar. Mereka berlakon dan berlagak sebagai penasihat-penasihat yang betul-betul tulus dan jujur, tetapi sebenarnya membawa kepada lebih banyak kesamaran.

Tuan-Tuan Kecil (Imam Muda)
Jalan Dakwah

Jalan dakwah bermaksud jalan menuju kepada Allah, iaitu jalan menuju keredhaan dan syurga Allah, juga jalan yang telah dirintis oleh baginda Rasulullah s.a.w., dan juga jalan yang sama pernah ditelusuri oleh semua para nabi dan rasul serta jalan untuk para mukmin yang muttaqin kerana bagi mereka jalan dakwah itulah ‘Siratul Mustaqim’.

Ezamil yang Ceria (Hujung)

Diriwayatkan daripada Abdullah ibn Mas’ud r.a. berkata : pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. membuat garisan dengan tangan kanan baginda kemudian bersabda : “Ini adalah jalan Allah yang lurus.” Kemudian baginda s.a.w. menggariskan dengan tangan kiri baginda lantas bersabda : “Ini jalan-jalan (garisan) tidak ada mana-mana jalan melainkan di atasnya syaitan mengajak kamu semua kepadanya.” Kemudian baginda s.a.w. membaca ayat al-Quran yang bermaksud :

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”
                                                                                                                           (Al-An’am : 153)

Mati Itu Pasti

Dakwah Kepada Allah

Berlandaskan kepada perintah Allah s.w.t. yang mewajibkan setiap individu muslim menyampaikan dan menyebarkan islam, dakwah telah menjadi aktiviti asas yang sangat mendasar sifatnya menurut tahap dan kemampuan masing-masing.

Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna menjelaskan bahawa jalan dakwah adalah jalan yang satu. Kita wajib beriltizam dengannya, jangan menyeleweng daripadanya kerana sesungguhnya ia adalah jalan yang telah dicontohkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Bahkan, bagindalah orang yang paling arif mengenai jalan dakwah. Beliau menjelaskan :


“Jalan dakwah adalah jalan yang satu yang pernah dilalui dan di jalani oleh Rasulullah s.a.w. dan juga para sahabatnya terdahulu. Jalan ini dilalui juga oleh para du’at dan kita juga harus berjalan di atas jalan itu insyaa-Allah, dengan taufiq dari Allah kelak berbekalkan iman, amal, kasih sayang dan persaudaraan. Kita mengajak mereka kepada beriman dan beramal, kemudian menyatukan hati-hati mereka atas kasih sayang dan persaudaraan. Maka akan terkumpullah kekuatan dan tenaga aqidah menjadi tenaga penyatuan, dan jadilah jama’ah mereka sebagai jama’ah contoh yang pasti akan menzahirkan kalimahnya dan mendapat kemenangan dakwahnya, walaupun dihalangi oleh seluruh penghuni bumi ini.”

Ukhuwah Itu Indah Sekali


Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna juga telah membentangkan semula jalan dakwah Rasulullah s.a.w. dengan wajah yang baru bertepatan dengan keperluan semasa dan kehendak perubahan zaman melalui pengisytiharan beliau terhadap jalan yang beliau gagaskan dan mengajak umat islam bersama-sama untuk kembali merintisnya setelah peristiwa sejarah hitam buat umat Islam dengan runtuhnya khilafah islamiyyah pada mac 1924. Beliau menyatakan dengan jelas dan lantang :
Allah Matlamat Kami

Rasul Ikutan Kami

Al-Quran Panduan Hidup Kami

Jihad Jalan Juang Kami


Mati Syahid Cita-Cita Tertinggi Kami


INILAH JALANKU!!!


Isnin, 14 Oktober 2013

Salam Aidiladha 2013M/1434H




Selepas solat 'Idil Adha, Masjid Sg. Tong
Alhamdulillah, kerana masih diberi kesempatan pada waktu ini untuk berkongsi. Alhamdulillah sekali lagi, kerana hari ini umat islam masih berkesempatan untuk menyambut hari raya aidiladha atau nama yang menjadi kelaziman rakyat malaysia, sebagai hari raya korban.

Selepas Pulang Dari solat 'Idil Adha
Kisah yang menjadi kesinambungan atau simbolik kepada hari raya aidiladha, adalah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s., yang diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s melalui mimpi. Lalu, Nabi Ibrahim membenarkan mimpinya itu, akan tetapi sewaktu Nabi Ibrahim hendak menyembelih anak kesayangannya, anaknya digantikan oleh seekor kambing.

Baru nak sembelih
Sebenarnya, banyak pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah tersebut yang termaktub di dalam Al-Qur'an dalam surah Ash-Shaffat ayat 101 - 111. Antaranya :

1) Nilai penghambaan yang tinggi kepada Allah.

Nabi Ibrahim a.s. taat serta patuh kepada perintah Allah, tanpa mempersoalkan perintah yang Allah beri kepadanya.

2) Perintah Allah mempunyai hikmah.

Nabi Ibrahim a.s. serta Nabi Ismail a.s. pasrah dalam melaksanakan perintah Allah, dan Allah menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan kambing.

3) Pengorbanan seorang bapa.

Demi mendapat redha Allah, Nabi Ibrahim a.s. sanggup membenarkan mimpinya terhadap anaknya kesayangannya Nabi Ismail a.s. Hal ini kerana, Nabi Ismail a.s. merupakan anak kesayangan buat Nabi Ibrahim a.s.

Proses melapah kulit
Sememangnya, kisah Nabi Ibrahim a.s. dapat memberi pengajaran serta gambaran tentang erti pengorbanan, dan alangkah indahnya sekiranya kita dapat menghayati erti pengorbanan tersebut serta mengaplikasikannya dalam kehidupan kita. Sesungguhnya dengan pengorbanan, sesuatu yang amat berharga dapat dicapai dan kemanisannya dirasai dengan hadirnya pengorbanan.

Menghayati erti sebuah pengorbanan

Akhir kata, 
KAMI di TAHFIZ AN NUR SETIU ingin mengucapkan salam aidiladha, maaf zahir batin kepada semua.

Rabu, 11 September 2013

Catatan Tahfiz An-Nur

Jalan Masuk ke Tahfiz An-Nur bersama Abu Bakar Al-Bugisy
Sudah agak lama saya tidak menulis di blog ini kerana kekangan kerja yang banyak. Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai kelebihan menghafaz al-Quran. Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran :
  • Ganjaran di dunia.
  • Ganjaran di akhirat.
Kelas Hafazan 8.30am hingga 11.30am
Ganjaran di dunia
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golonganHamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Seorang ustaz pernah menyatakan bahawa :
  • Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah)
  • Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
  • Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bacaan Surah-Surah Pilihan setiap hari isnin-rabu selepas solat maghrib
Ganjaran di akhirat
  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)
Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.
Ustaz Mahmud As-Sabahi

Rabu, 31 Julai 2013

Pengalaman Itu Cukup Bermakna Buat Sang Musafir Dakwah

Misi jelajah dakwah dan menyampaikan sumbangan Ramadhan 2013 berjalan dengan lancar sehingga setakat ini walaupun berhadapan dengan beberapa masalah. Namun alhamdulillah berkat doa semua yang mendoakan di bulan ramadhan ini Allah s.w.t. memberikan kekuatan dan kemudahan untuk melepasinya satu demi satu.

Perjalan Dakwah di bumi bawah bayu ini bukanlah suatu perkara yang mudah atau di ambil mudah, ia memerlukan generasi yang menyedari akan hakikatnya masyarakat di negeri ini.

Semoga dengan sedikit bingkisan ini mampu menyuntik semangat generasi muda hari ini untuk terus bersemangat menimba ilmu dan pengalaman agar suatu hari nanti kekosongan-kekosongan atau kelompongan yang ada mampu di isi oleh mereka.

Kalaupun bukan saya, dia atau awak, harapannya biarlah kita mampu melahirkan generasi yang boleh meneruskan harapan dan cita-cita kita.

Aku Hanya Seorang Driver
Pendakwah harus fleksibel dalam segenap ruang dan masa yang ada

Lokasi pertama dan tempat penginapan malam pertama program & singgah sahur
(Surau Kampung Mangka Lua Kota Marudu, Sabah)

Majlis penyerahan sumbangan masyarakat sandakan kepada para mualaf di kampung Mangka Lua Kota Marudu
(Terima kasih kepada para penyumbang dan kepada yang membeli sambil menderma bersama ISC
http://isc-training.blogspot.com/2013/07/mari-membeli-sambil-menderma.html 

Barisan penggerak Utama Belia Masjid Darul Aman Kg Gum-Gum Sandakan
(Setiap mereka punya posisi tersenditri)

Sampaikanlah walau sepotong ayat
(Antara rumah yang diziarahi dan sampaikan sumbangan Ramadhan)

Berehat sebentar dari keletihan dan kelehan perjalanan di Pitas
(Adakalanya manusia perlukan hiburan)

Anak-anak yatim yang ceria
(sempat bersama-sama mereka bersiap2 ke sekolah)
Semoga menjadi insan yang berguna suatu hari nanti

Dalam keghairahan kita meraih kesenangan hidup di dunia, masih ramai di luar sana ummat yang dahagakan ilmu dan kasih sayang. Maka sebarkanlah ilmu dan kasih sayang, agar kita semua beroleh keberkatan hidup dan rahmat Allah s.w.t. Hidup ini bermakna jika memberi. Itulah bingkisanku buat para amilin (mujahid&mujahidah) di medan juang..

Apa yang paling penting IKHLAS lah dalam BERAMAL... Inshaa Allah..

Semoga IJAZAH TAQWA mampu di raih pada ramadhan ini..

ya! INI KALILAH... :)

By :
Intlektual Sufi
Dewan Koperasi Serbaguna Rumah Putra Harapan
Ranau, Sabah
07.25am

Ahad, 14 Julai 2013

Mari Membeli Sambil Menderma...

"Bandingan mereka yang menginfaqkan harta benda mereka di jalan Allah seperti benih yang menumbuhkan tujuh tangkai yang mana pada setiap tangkai ada seratus biji dan Allah Taala melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah taala Maha Luas Kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Al-Baqarah ; 261)


Aktiviti terbaru yang ditawarkan untuk anda yang berminat untuk menggandakan pahala di bulan ramadhan sambil menambah koleksi peribadi anda...

Pihak Syarikat Intelektual Sufi Centre mengambil inisiatif dan mengalu-alukan anda untuk sama-sama membuat pembelian sambil menderma kepada program Jelajah Dakwah Sabah 2013 yang akan berlangsung pada 30 Julai sehingga 2 Ogos akan datang.


Sebarang urusan pembelian dan urusan penghantaran boleh berhubung terus dengan wakil syarikat Intelektual Sufi Centre di talian : 013-2041392 (Ustaz Mahmud)


Maklumat Program JDS 2013

Program Jelajah Dakwah ini akan melalui 4 buah kawasan utama iaitu Kota Kinabalu, Kota Marudu, Ranau dan Sukau. Anda juga di alu-alukan untuk menghulurkan sumbangan kepada maklumat yang tertera di dalam iklan di bawah ini. Untuk maklumat lanjut juga boleh berhubung dengan pihak penganjur.


"Tujuh golongan yang akan dilindungi Allah di bawah lindungan-Nya pada hari tiada lindungan kecuali lindungan-Nya... antaranya seorang lelaki yang bersedekah namun dia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya..." (HR. al-Bukhari)

Ikhlas,

Intelektual Sufi Generation Team

Rabu, 10 Julai 2013

Kem Remaja Taqwa (Kem Intelektual Sufi)

Alhamdulillah, baru-baru ini telah berjaya mengendalikan sebuah program yang berlangsung di KEM NUR SUNGAI MERAB, BANGI Selangor bersama dengan Team Dynamic Caliph, Intelektual Sufi Centre & Akademi NARA yang terdiri dari kalangan Cikgu Sekolah (Ustaz Shah), Staf CIMB (Ust. Jalal), Graduan & Student Unisza (Ustazah Atikah, Ustazah Suraya, & Ust Sofwat) dan student USIM (Safwah, Nadia, Azwa & Ana). Sedikit bingkisan buat tatapan semua...

Slot Fiqh Solat Berjamaah (Masbuq & Muafiq)

Slot Riadah Petang : Spider Web

Pejuang Palestin Tersesat...

Ucapan Ketua Fasi Majlis Penutup


Bersama Guru Besar Sek. Keb Seksyen 1 Bandar Kinrara

Ucapan Perasmian Penutup Guru Besar

My Group yang comel-comel & Bijak-Bijak
(Ustaz Sofwat Menyemak jer...)

Gambar Curi
(Susahnya nak jadi selebriti..)

Kek Hari Lahir Buat Ustaz Sofwat
07/07/2013
Santapan Tengahari Sebelum Bersurai
Tahniah kepada semua barisan jawatankuasa dan fasilitator yang telah memberikan kerjasama yang padu dalam menjayakan program KEM REMAJA TAQWA 2013. Jumpa lagi di masa akan datang dalam program-program seterusnya..

Bulan Oktober Coming Soon...

BERSEDIALAH....

untuk pengembaraan yang lebih jauh..

Created By :
Intelektual Sufi 


Rabu, 12 Jun 2013

Biarkan Gambar Berbicara...















p/s : Keriangan dan tumpuan kalian memberikan inspirasi untuk terus bersemangat untuk membangun Generasi....

Inspirasi Sufi Mujahadah Ilmu,

Intelektual Sufi
00;50AM
Gong Badak, Kuala Terengganu...

Rabu, 5 Jun 2013

Motivasi Iman & Amal


Ada yang bertanya bagaimana nak mengharungi kehidupan apabila hidup semakin bertambah susah?
  • Bagaimana nak bertahan tatkala kita sedih, keseorangan dan tinggal duit tak seberapa?

    Ingatlah, mengharungi ujian kehidupan ialah bagaikan merentasi hutan yang tidak pernah diterokai.

    Ketika merentasi hutan, kita menebas pokok .... dan tiba-tiba kita terserempak dengan sekumpulan binatang buas... tiba-tiba minda kita tidak memikirkan benda lain, selain sekarang..

    Kita lupa mengenai hal masa depan. Semua usaha dan tenaga kita adalah untuk langkah seterusnya, langkah satu lagi, satu inci satu inci sehinggalah kita melepasi kumpulan binatang buas tersebut.

    Strategi yang sama adalah berkesan untuk kehidupan seharian.
    Apabila ujian kehidupan bertambah sukar, kita fokuskan segala tenaga dan usaha pada apa yang ada di depan, langkah seterusnya.

    Kita selesaikan masalah satu per satu. Ambil satu langkah kecil demi langkah kecil... apabila kita bertambah keyakinan... kita ambil langkah seterusnya.

    Insya-Allah, tanpa sedar, anda akan keluar dari kemelut kehidupan yang ditentukan Allah.

    Buang sikap berasa bimbang terhadap apa yang perlu dilakukan bulan depan, apa yang akan tersilap pada masa depan - itu adalah pintu untuk bisikan syaitan menguasai minda kita dengan pelbagai bayangan dan khayalan yang menakutkan.

    Jika 24 jam terlalu sukar untuk anda harungi, harungilah 5 minit setiap langkah dengan senyuman dan fokus 100 % tenaga. Insya-Allah tenaga positif akan menyelubungi jiwa dan minda anda yang diselubungi awan gelap akan nampak cahaya matahari dengan kadar segera.

    Ingatlah, dalam setiap ujian Allah, bagi kita yang kerdil ini, apa yang boleh dilakukan ialah memberikan segalanya yang ada sebelum kita tidur semula.

    Biarlah esok untuk hari esok. SENYUM.



    Sumber : https://www.facebook.com/ustaztitm?ref=stream 

    At Istiqomah Centre (I.C.)
    10.47am

Ahad, 2 Jun 2013

La Tansa...


Kem La Tansa 2010
14-31 Disember 2010


Kem Intelektual Sufi 2010

 Jungle Tracking at Jerantut, Pahang

 Bersama Adik-adik Peserta Muslimin di Kem La Tansa 2010

 Adik-adik Peserta Muslimat di Kem La Tansa 2010

Pengembaraan yang mengkagumkan... 

Sempat bergambar bersama Tok Batin di sebuah perkampungan orang asli

Pengalaman di sepanjang menjalani kehidupan memberikan sebuah ibrah yang sangat berguna agar kita sama-sama mengambil manfaat daripadanya, pengalaman hidup bukan untuk di bangga2kan, namun tidak ada salahnya untuk dikongsikan agar ia menggamit memori sebuah pengalaman yang mematangkan kita dalam dakwah dan kehidupan...

- Perjalanan Masih Panjang -

Masih ada banyak misi yang perlu diselesaikan

Perancangan 10 tahun selepas bergraduasi dari BUMI BARAKAH Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu bakal bermula...

- Semoga Allah merahmati para pencinta dan pejuang Islam walau di mana mereka berada - 

by :
Intelektual Sufi
Gong Badak, Kuala Terengganu
11.48 pm