Selepas solat 'Idil Adha, Masjid Sg. Tong |
Selepas Pulang Dari solat 'Idil Adha |
Kisah yang menjadi kesinambungan atau simbolik kepada hari raya
aidiladha, adalah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s., yang diperintahkan oleh
Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s melalui mimpi. Lalu, Nabi
Ibrahim membenarkan mimpinya itu, akan tetapi sewaktu Nabi Ibrahim hendak
menyembelih anak kesayangannya, anaknya digantikan oleh seekor kambing.
Baru nak sembelih |
Sebenarnya, banyak pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah
tersebut yang termaktub di dalam Al-Qur'an dalam surah Ash-Shaffat ayat 101 -
111. Antaranya :
1) Nilai penghambaan yang tinggi kepada Allah.
Nabi Ibrahim a.s. taat serta patuh kepada perintah Allah, tanpa
mempersoalkan perintah yang Allah beri kepadanya.
2) Perintah Allah mempunyai hikmah.
Nabi Ibrahim a.s. serta Nabi Ismail a.s. pasrah dalam
melaksanakan perintah Allah, dan Allah menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan
kambing.
3) Pengorbanan seorang bapa.
Demi mendapat redha Allah, Nabi Ibrahim a.s. sanggup membenarkan
mimpinya terhadap anaknya kesayangannya Nabi Ismail a.s. Hal ini kerana, Nabi
Ismail a.s. merupakan anak kesayangan buat Nabi Ibrahim a.s.
Proses melapah kulit |
Sememangnya, kisah Nabi Ibrahim a.s. dapat memberi pengajaran
serta gambaran tentang erti pengorbanan, dan alangkah indahnya sekiranya kita
dapat menghayati erti pengorbanan tersebut serta mengaplikasikannya dalam
kehidupan kita. Sesungguhnya dengan pengorbanan, sesuatu yang amat berharga
dapat dicapai dan kemanisannya dirasai dengan hadirnya pengorbanan.
Menghayati erti sebuah pengorbanan |
Akhir kata,
KAMI di TAHFIZ AN NUR SETIU ingin mengucapkan salam aidiladha,
maaf zahir batin kepada semua.