Intelektual Sufi

"Jika anda ada sebiji epal dan saya pun ada sebiji, apabila anda berikan kepada saya epal tersebut dan saya pun berbuat demikian kepada anda (saling bertukar epal), maka anda masih memiliki sebiji epal dan saya pun sama. Tetapi apabila saya kongsikan pada anda satu ilmu dan anda berikan saya satu ilmu, maka saya akan memiliki dua ilmu dan anda pun dua ilmu."

- Tidak Rugi Berkongsi Ilmu -

Jom Jadi Usahawan...

Ahad, 23 Februari 2014

BINGKISAN BUAT AKTIVIS 2020



CARA PRAKTIK UNTUK MENGHAFAL AL-QURAN

Oleh : Dr. Abdul Muhsin Al-Qasim
(Imam dan Khatib Masjid Nabawi)

Segala puji bagi Allah Rabb semesta alam, selawat dan salam semoga terlimpahkan kepada Nabi kita Muhammad s.a.w. Dalam tulisan ini akan kami kemukakan cara termudah untuk menghafal al-Quran. Keistimewaan teori ini adalah kuatnya hafalan yang akan diperoleh seseorang disertai cepatnya wakktu yang ditempuh untuk mengkhatamkan al-Quran. Teori ini sangat mudah untuk dipraktikkan dan inshaa Allah akan sangat membantu bagi sesiapa saja yang ingin menghafalnya. Disini akan kami bawakan contoh praktik dalam mempraktikkannya :
  1. Bacalah ayat pertama 20 kali :
يَاأَيّهَا النَّاس اتقوا ربّكم الذى خلقكم من نفس واحدة وخلق منها زوجها وبثّ منهما رجالا كثيرا ونساء واتقوا الله الذى تساءلون به والأرحام إنّ الله كان عليكم رقيبا (1)
  1. Bacalah ayat kedua 20 kali :
وءاتوا اليتامى أموالهم ولا تتبدّلوا الخبيث بالطيّب ولا تأكلوا أموالهم إلى أموالكم إنّه كان حوبا كبيرا (2)
  1. Bacalah ayat ketiga 20 kali :
وإن خفتم ألّا تقسطوا فى اليتامى فانكحوا ما طاب لكم من النساء مثنى وثلاث ورباع فإن خفتم ألّا تعدلوا فواحدة أو ما ملكت أيمانكم ذالك أدنى ألّا تعولوا (3)
  1. Bacalah ayat keempat 20 kali :
وءاتوا النساء صدقاتهن نحلة فإن طبن لكم عن شيء منه نفسا فكلوه هنيئا مريئا (4)
  1. Kemudian membaca 4 ayat di atas dari awal hingga akhir menggabungkannya sebanyak 20 kali.
  1. Bacalah ayat kelima 20 kali :
ولا تؤتوا السفهاء أموالكم التى جعل الله لكم قياما وارزقوهم فيها واكسوهم وقولوا لهم قولا معروفا (5)
  1. Bacalah ayat keenam 20 kali :
وابتلوا اليتامى حتّى إذا بلغوا النكاح فإن ءانستم منهم رشدا فادفعوا إليهم أموالهم ولا تأكلوها إسرافا وبدارا أن يكبروا ومن كان غنيّا فليستعفف ومن كان فقيرا فليأكل بالمعروف فإذا دفعتم إليهم أموالهم فأشهدوا عليهم وكفى بالله حسيبا (6)
  1. Bacalah ayat ketujuh 20 kali :
للرجال نصيب مما ترك الوالدان والأقربون وللنساء نصيب ممّا ترك الولدان والأقربون ممّا قلّ منه أو كثر نصيبا مفروضا (7)
  1. Bacalah ayat kelapan 20 kali :
وإذا حضر القسمة أولوا القربى واليتامى والمساكين فارزقوهم منه وقولوا لهم قولا معروفا (8)
  1. Kemudian membaca ayat ke 5 hingga ayat ke 8 untuk menggabungkannya sebanyak 20 kali.
  2. Bacalah ayat ke 1 hingga ayat je 8 sebanyak 20 kali  untuk memantapkan hafalannya.
Demikian seterusnya hingga selesai seluruh al-Quran, dan jangan sampai menghafal dalam sehari lebih daripada 1/8 juzu’ agar tidak berat bagi anda untuk mengulang menjaganya.
    
BAGAIMANA CARA MENAMBAH HAFALAN PADA HARI BERIKUTNYA?
Jika anda ingin menambah hafalan baru pada hari berikutnya, maka sebelum menambah dengan hafalan baru, anda harus membaca hafalan lama dari ayat pertama hingga akhir sebanyak 20 kali juga. Hal ini supaya hafalan tersebut kukuh dan kuat dalam ingatan anda, kemudian anda memulai hafalan baru dengan cara yang sama seperti yang anda lakukan ketika menghafal ayat-ayat sebelumnya.

BAGAIMANA CARA MENGGABUNG ANTARA MENGULANG (MURAJA’AH) DAN MENAMBAH HAFALAN BARU?
Jangan sekali-kali anda menambah hafalan tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumnya, kerana jika anda menghafal al-Quran terus-menerus tanpa mengulangnya terlebih dahulu hingga boleh menyelesaikan semua al-Quran, kemudian anda ingin mengulangnya dari awal nescaya hal itu akan terasa berat sekali, kerana tidak disedari anda akan banyak kehilangan hafalan yang pernah dihafal dan seolah-olah menghafal semula daripada kosong. Oleh kerana itu, cara yang paling baik dalam menghafal al-Quran adalah dengan mengumpulkan antara muraja’ah (mengulang) dan menambah hafalan baru. Anda boleh membahagikan seluruh mashaf menjadi tiga bahagian, setiap 10 juz menjadi satu bahagian. Jika anda dalam sehari menghafal satu halaman, maka ulangilah dalam sehari empat halaman yang telah dihafal sebelumnya hingga anda dapat menyelesaikan 10 juz. Jika anda menyelesaikan 10 juz, maka berhentilah selama satu bulan penuh untuk mengulang yang telah dihafal dengan cara setiap hari anda mengulang sebanyak 8 halaman.

            Setelah satu bulan anda mengulang hafalan, anda mula kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua lembar tergantung kepada kemampuan, dan mengulang setiap harinya 8 halaman sehingga anda boleh menyelesaikan 20 juz. Jika anda telah menghafal 20 juz, maka berhentilah menghafal selama 2 bulan untuk mengulang, setiap hari anda harus mengulang 8 halaman, jika sudah mengulang selama 2 bulan, maka mulakanlah menghafal kembali setiap harinya satu atau dua halaman tergantung kemampuan dan setiap harinya mengulang apa yang telah dihafal sebanyak 8 lembar, hingga anda boleh menyelesaikan seluruh al-Quran.

            Jika anda teleh menyelasaikan 30 juz, ulangilah 10 juz pertama secara tersendiri selama satu bulan setiap harinya setengah juz, kemudian pindahlah ke 10 juz berikutnya juga setiap harinya diulang setengah juz ditambah 8 halaman dari 10 juz pertama, kemudian pindahlah untuk mengulang 10 juz terakhir dengan cara yang hampir sama, iaitu setiap harinya mengulang setengah juz ditambah 8 halaman dari 10 juz pertama dan 8 halaman dari 10 juz kedua.

BAGAIMANA CARA MENGULANG AL-QURAN (30 JUZ) SETELAH MENYELESAIKAN MURAJA’AH DI ATAS?
Mulakanlah mengulang al-Quran secara keseluruhan dengan cara setiap harinya 2 juz, dengan mengulangnya 3 kali dalam sehari, dengan demikian maka anda akan mampu mengkhatamkan al-Quran setiap 2 minggu sekali. Dengan cara ini, maka dalam jangka satu tahun inshaa Allah anda telah mutqin (kukuh) dalam menghafal al-Quran, dan lakukanlah cara ini selama satu tahun.

APAKAH YANG DILAKUKAN SETELAH MENGHAFAL AL-QURAN SELAMA SATU TAHUN?
Setelah menguasai hafalan dan mengulangnya dengan itqan (mantap) selama satu tahun, jadikanlah al-Quran sebagai wirid harian anda hingga akhir hayat, kerana itulah yang dilakukan oleh nabi s.a.w. semasa hidupnya, baginda membahagikan al-Quran menjadi 7 bahagian dan setiap harinya baginda mengulang setiap bahagian tersebut sehingga baginda mengkhatamkan al-Quran setiap 7 hari sekali.

            ‘Aus bin Huzaifah rahimahullah ; aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah s.a.w. bagaimanakah cara mereka membahagikan al-Quran untuk dijadikan wirid harian? Mereka menjawab : “kami kelompokkan menjadi 3 surah, 5 surah, 7 surah, 9 surah, 11 surah, dan wirid mufasshal dari surah Qaaf hingga khatam (al-Quran)”. (HR. Ahmad).

Jadi mereka membahagikan wiridnya sebagai berikut :

-       Hari Pertama : Membaca surah al-Fatihah hingga akhir surah an-Nisa’
-       Hari kedua : dari surah al-Maaidah hingga akhir surah at-Taubah.
-       Hari ketiga : Dari surah Yunus hingga akhir surah an-Nahl.
-       Hari keempat : Dari surah al-Isra’ hingga akhir surah al-Furqan.
-       Hari kelima : Dari surah asy-Syu’ara’ hingga akhir surah Yaasin.
-       Hari keenam : Dari surah as-Shoffaat hinggat akhir surah al-hujurat.
-       Hari ketujuh : Dari surah Qaaf hingga akhir surah an-Naas.
Para ulama menyingkat wirid nabi dengan al-Quran menjadi kata : “Fami bisyauqin (فمي بشوق  )” . Dari masing-masing huruf tersebut menjadi simbol  dari surah yang dijadikan wirid nabi s.a.w. pada setiap harinya, iaitu :

-       Huruf ‘fa’ symbol dari surah “al-Fatihah”, sebagai awal wirid baginda s.a.w. hari pertama.
-       Huruf “mim” symbol dari surah “al-Maaidah”, sebagai awal wirid baginda s.a.w. hari kedua.
-       Huruf ‘ya’ symbol dari surah “yunus” , sebagai awal wirid baginda s.a.w. hari ketiga.
-       Huruf ‘ba’ symbol dari surah “bani Israil” (nama lain dari surah al-Ira’), sebagai awal wirid baginda s.a.w. hari keempat.
-       Huruf ‘syin’ symbol dari surah “asy-Syua’ara’”, sebagai awal wirid baginda s.a.w. hari kelima.
-       Huruf ‘wau’ symbol dari surah “Wa shafaat”, sebagai awal wirid baginda s.a.w. hari keenam.
-       Huruf ‘Qaaf’ symbol dari surah “Qaaf”, sebagai awal wirid baginda s.a.w. hari ketujuh hingga akhir surah “an-Naas”.

BAGAIMANA CARA MEMBEZAKAN ANTARA BACAAN YANG MUTASYABIH (MIRIP) DALAM AL-QURAN?
Cara terbaik untuk membezakan antara bacaan yang hampir sama (mutasyabih) adalah dengan cara membuka mushaf lalu bandingkan antara kedua ayat tersebut dan cermatilah perbezaan antara keduanya, kemudian buatlah tanda yang boleh dijadikan untuk membezakan antara keduanya, dan ketika anda melakukan muraja’ah hafalan perhatikan perbezaan tersebut dan ulangilah secara terus-menerus sehingga anda mampu mengingatinya dengan baik dan hafalan anda menjadi kuat (mutqin).

KAEDAH DAN KETENTUAN MENGHAFAL :
  1. Anda harus menghafal melalui seorang guru atau syeikh yang boleh membenarkan bacaan anda jika salah.
  2. Hafalkanlah setiap hari sebanyak 2 halaman, 1 halaman setelah subuh dan satu halaman setelah asar atau maghrib, dengan cara ini inshaa Allah anda mampu menghafal al-Quran secara mutqin dalam kurun waktu satu tahun, akan tetapi jika anda memperbanyak kapasiti hafalan setiap harinya maka anda akan sulit untuk menjaga dan memantapkannya, sehingga hafalan anda akan menjadi lemah dan banyak yang dilupakan.
  3. Hafalkanlah mulai dari surah an-Naas hingga surah al-Baqarah (membalik urutan al-Quran), kerana hal itu lebih mudah.
  4. Dalam menghafal hendaknya menggunakan satu mushaf tertentu baik dalam cetakan mahupun bentuknya. Hal itu agar lebih mudah untuk menguatkan hafalan dan agar lebih mudah mengingat setiap ayatnya serta permulaan dan akhir setiap halamannya.
 KB MALL
05.30PM
23/02/2014