Intelektual Sufi

"Jika anda ada sebiji epal dan saya pun ada sebiji, apabila anda berikan kepada saya epal tersebut dan saya pun berbuat demikian kepada anda (saling bertukar epal), maka anda masih memiliki sebiji epal dan saya pun sama. Tetapi apabila saya kongsikan pada anda satu ilmu dan anda berikan saya satu ilmu, maka saya akan memiliki dua ilmu dan anda pun dua ilmu."

- Tidak Rugi Berkongsi Ilmu -

Jom Jadi Usahawan...

Sabtu, 31 Mei 2014

Jom Jadi Usahawan!




Kisah Semut dan Kuda

Pada suatu hari, seekor kuda sedang beristirehat kerana merasa kepenatan setelah memikul barangan yang membebankan. Beban yang cuma sebesar setengah daripada punggungnya itu telah diletakkan dipunggungnya oleh majikan kuda itu. 


Perjalanan yang begitu berat ditambah pula hari yang begitu panas terik, maka kuda itu pun beristirehat di pohon rendang, dengan nafas yang termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih.

Ketika kuda itu sedang beristirehat t, tiba-tiba lalulah segerombolan semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira sambil membawa makanannya juga. Sambil membawa beban masing-masing, ada yang membawa bangkai, tulang-tulang binatang termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya lagi. Kuda itu itu berasa hairan apabila melihat segerombolan semut itu senang hati dengan riang gembira bernyanyi-nyanyi. 

Semut juga melihat kuda terduduk dalam keadaan kepenatan. Sebaik sahaja menghampiri kuda tersebut, ketua semut itu bertanya kepada kuda,  

“Hai kuda, apa yang sedang kau lakukan di sini.”

“Saya sedang berehat wahai semut,” jawab kuda.

“Kenapa kau kelihatan begitu penat sekali,” tanya semut lagi.

“Itulah dia saya begitu penat sekali sebab membawa beban ini, beban yang tidak sebesar badanku ini tapi tersangatlah penat bagiku,” jawab kuda itu lagi.

Maka semut itu pun bertanya, “Siapa punya beban yang kau bawa itu, wahai sang kuda?” 

Maka kuda pun menjawab, “Bos aku punya, yang sedang minum dan makan-makan di
bawah pohon di sebelah sana tu.” 

“Oh begitu....” kata sang semut tersebut sambil tersenyum..

Sang kuda berkata, “Eh! Kamu semua ini pula, kenapa nampak begitu gembira?” tanya sang
kuda kepada sang semut tadi. 

“Kami memang begini setiap hari. Kami juga membawa beban yang berat bahkan lebih berat dari badan kami tetapi kami rasa gembira sekali.” 

“Kenapa boleh jadi begitu ya?” tanya sang kuda dengan rasa hairan.

Ketua semut itu diam sejenak lalu berkata: “Barangkali kerana kita mempunyai jurang perbezaan wahai kuda.”

“Apa perbezaannya?” tanya kuda. 

“Kamu membawa beban yang berat tetapi beban yang berat itu bukan kepunyaanmu, tetapi majikanmu yang sedang makan minum di bawah pohon sana sedangkan, kami semua membawa beban memang lebih besar daripada badan kami tetapi beban-beban ini adalah kepunyaan kami sendiri, dan bukannya bos kami.” demikian penjelasan semut. 

Kuda itu termanggu-manggu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tetap seekor kuda. 

Apakah moral yang boleh kita perolehi dari cerita ini? 

Ada banyak! 

Tetapi satu pengajaran yang boleh kita ambil disini ialah... 

Walaupun beban, dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh seseorang usahawan di dalam dunia perniagaan itu selalunya lebih besar dari dunia makan gaji, namun, mereka akan tetap sentiasa tabah dan gembira menghadapinya. 

Kerana, mereka tahu, mereka sedang berusaha untuk mencapai impian mereka sednriri, dan bukannya impian orang lain atau impian bos mereka.

 Petikan dari Laporan khas yang dibawakan oleh www.sifumalaysia.com

Rabu, 28 Mei 2014

3 Nasihat Kewangan Graduan Baru

Kekadang saya rasa bersalah bila adik-adik yang baru bekerja terlalu mengharap keuntungan pelaburan emas dengan modal tak seberapa. Setakat 2, 3 keping coin 1 Dinar, berapa sangatlah untungnya. Kalaulah sekeping 1 dinar boleh dapat untung RM100 setahun, untungnya baru RM300 setahun atau RM25 sebulan! Sedangkan banyak lagi ‘ruang’ yang adik-adik ni kena explore untuk gandakan kekayaan. 

Sekadar hiasan
Walaupun macam tu, saya bangga student universiti / kolej dan fresh grad lagi dah ada kesedaran menyimpan dan melabur. Ia perkembangan yang baik berbanding zaman saya di universiti dulu. Tapi sebelum melabur dalam emas atau apa-apa pelaburan sekalipun, ada 3 nasihat penting untuk graduan baru tentang kewangan: 

Nasihat #1 : Perbanyakkan Simpanan Orang baru bekerja ni kena perbanyakkan simpanan.

Ini bukan lagi masa untuk berjoli. Bila dapat gaji, potong duit siap-siap masukkan dalam tabung simpanan, bukan tunggu ada duit lebih baru menyimpan. Kalau sekarang gaji RM2,000 tak ada duit lebih, tengok nanti gaji dah RM5,000 sebulan pun still tak akan ada duit lebih.

Kalau tunggu duit lebih baru menyimpan, alamatnya sampai bila pun tak akan menyimpan. So, bila dapat gaji, potong siap-siap duit tu masuk dalam simpanan. Selebihnya baru buat belanja. Berapa banyak kena menyimpan? Simpan sebanyak mungkin sebab ada banyak belanja yang bakal anda tanggung antaranya:

- Bertunang 
- Kahwin 
- Beli Kereta 
- Masuk rumah 
- banyak barang rumah kena beli 
- Sambut baby baru - Langsai pinjaman PTPTN 

Nasihat #2 : Baca Buku Kewangan Peribadi Beli dan baca buku-buku kewangan. 

Antara yang saya rasa terbaik untuk bermula iaitu (1) Jutawan Dari Planet Jupiter – Azizi Ali, dan (2) Petunjuk Jalan Kekayaan – Chef Li. Kedua-dua buku ni ‘membuka mata’ dan memberi impak yang besar terhadap kewangan saya. Buku tu penting supaya dapat ilmu yang betul dalam mengurus kewangan dan mencari kekayaan. Buku Petunjuk Jalan Kakayaan Jutawan Planet Jupiter Sebelum anda labur duit sana sini mengharapkan keuntungan besar, saya rasa labur duit beli buku-buku kewangan jauh lebih untung. 


Nasihat #3 : Explore Peluang Perniagaan 

Badan kuat, masa banyak, komitmen pun belum ada. Rugilah kalau sekadar tunggu naik gaji akhir tahun yang beberapa ratus tu. Jangan biarkan majikan yang meletakkan harga kita, tapi biar kita sendiri tentukan berapa kita patut dibayar. So, manfaatkan waktu berharga tu untuk explore peluang-peluang perniagaan supaya anda dapat tentukan sendiri berapa banyak income yang anda nak, bukan sekadar tunggu kenaikan gaji akhir tahun. Saya percaya, potensi sebenar kita jauh lebih mahal daripada harga yang diletakkan oleh majikan. Tinggal lagi, kita kena explore dan bangunkan potensi diri kita sebenar. 

Kenapa saya syorkan bisnes? 

Sebab komitmen kewangan graduan baru terlalu besar, sedangkan kenaikan gaji langsung tak sepadan dengan kenaikan kos sara hidup orang yang baru berkeluarga. Gaji naik RM150 – RM200 setahun, sedangkan dalam tahun sama, bertambah 2, 3 bebanan kewangan baru – dapat isteri, dapat anak, pindah rumah, dapat anak lagi dsb. Itu belum kira kos yang kerja berjauhan dengan isteri. Samada para graduan ni kena tambah income dengan bisnes sendiri (sebagai side-income), atau biarkan diri tenggelam dalam belengu hutang sepanjang hayat! Saya pilih untuk jadi orang muda yang bebas dari hutang supaya “peace of mind” tapi dalam masa yang sama, “plenty of money”, insyaAllah. 

 Itulah nasihat serba ringkas saya. Bila duit simpanan dah ‘cukup’, dah terbiasa dengan tabiat kewangan yang betul, side-income pun dah boleh top-up duit gaji, nanti tak perlu risau pasal untung rugi pelaburan tu sebab kita boleh contol kewangan kita sendiri. Bukan sekadar tunggu kenaikan gaji, apatah lagi tunggu untung nasib dalam pelaburan. 

Wallahu a’lam. 

Zulkifli 
Damansara Damai 
24 Jun 2013 
15 Sya’ban 1434

Khamis, 22 Mei 2014

JOM SAMA MEMBANTU ; "ERTI HIDUP PADA MEMBERI"

Pejuang yg tidak didendang...

Pakat tlg, x mampu ngan harta & tenaga bleh tlg share, x mau tkan button share bleh copy-paste...

Hidupkan rukun ukhuwwah sesama kita, TA'ARUF, TAFAHHUM, TA'AWUN dan TAKAFUL..

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Berat tangan aku menulis, berat lagi beban yang sedang ditanggungnya... Tentulah berat hari-hari yang telah dilepasi dan mendatang. Moga catatan ini dan surat-suratnya tidak mengurangkan pahala dan jasanya, tetapi menjadi peluang kebajikan kepada kita pula.
Ayahanda Ahmad Suji Che Nik adalah bekas Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Sik, menjadi AJK PAS kawasan sejak berusia 21 tahun, menjadi Pengarah MTD Belantek paling lama, tanpa elaun, tanpa gaji, tanpa upah.

Dia bagaikan ensiklopedia perjuangan gerakan Islam. Dia mentor yang meredah lorong untuk dilalui oleh generasi muda, dia juga mentol kerja sukarela yang tak pernah padam. Dia tidak pernah ketinggalan dalam mana-mana pilihanraya umum atau PRK sejak berusia 20-an. Dari mula hingga selesai, dia berkampung dengan beg galas kecil, kadang kala sehelai sepinggang. Keluarganya diserah saja kepada Allah swt.... Dia mampu melepasinya.

Dia khatam kitab-kitab besar antaranya Ahkam Al-Sultaniyyah (Imam Al-Mawardi), peminat setia karya-karya Buya Hamka seperti Novel "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck", dia menghafal mutiara kata pidato pimpinan PAS seperti ucapan Dr Burhanuddin Al-Helmi, ucapan Dato' Asri Muda, Hj Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Noor dan ramai lagi.

Bahasanya tinggi, kiasannya tajam, tegurannya bernas, hujjahnya padat, nas rujukannya tepat. Budaya hidupnya simple, sikapnya humble, menghayati perjuangan dengan jiwa dan raga, menjadikan dia mudah menangis. Dia menjadi tempat jatuhnya pandangan mata hati, pencerah kesamaran untuk melangkah, pengecas bateri yang kadangkala lemah. Sejak mengenalinya, aku tidak pernah berenggang dengan ensiklopedia dirinya. Dialah Murabbi dari desa terpencil Charok Sireh, Chepir, Sik.

Dia pernah menumpang lori dari kampungnya di Chepir untuk ke markaz di Sg Pau. Semua harta pusaka datuknya dihabiskan bersama usianya dalam perjuangan. Dia betul-betul mewakafkan dirinya kepada jemaah... Dia tak pernah meminta didendang!

Dia pemurah dan pemudah. Kebun dan sawah dijual membiayai perjuangannya. Pernah memberi begitu saja satu-satunya geran tanah pusaka yang masih ada kepada seorang sahabat, dipindah milik dan dicagar ke bank supaya sahabatnya itu mampu membeli rumah. Selepas berbelas tahun, barulah geran itu kembali kepada namanya. Dia bahagia melihat orang lain senang!

Kini sudah dimamah usia 64 tahun. Kudratnya sudah tiada, tubuhnya kian susut dan renggeh, senyumnya bersulam tangis. Dia bukan saja ditelan usia, dia juga dimamah sakit jantung, darah tinggi, diabetis dan kini diganggu kegagalan buah pinggang. Khidmat yang aku mampu diwaktu sukar seperti ini hanyalah menghulur sekadar ada.

Setelah berminggu dia meminta, baru tadi aku sanggup menulis suratnya kepada pusat-pusat dialisis swasta dan NGO, Jabatan Kebajikan, Jabatan Zakat, dan Baitulmal untuk membiayai perubatannya. Dia terlalu berharga untuk dinilai dengan surat-surat itu. Tanpa pendapatan, memang sukar menguruskan sakit dan rawatan.

Sementara surat itu sampai, diproses dan diberi jawapan, belum tentu positif, mungkin memakan masa berminggu-minggu, berbulan- bulan, dia terpaksa berulang alik ke hospital juga. Dia tidak meminta minta sembarangan, aku memohon izin darinya untuk membuat catatan ini, untuk berkongsi dukanya pula, sesudah lebih dua pertiga hidupnya diwakafkan untuk perjuangan dan masyarakat. Tidaklah catatan ini untuk menagih simpati buta, dia tidak semurah itu.

Tetapi dikala kesukaran membaluti hidupnya, aku mengajak sahabat-sahabat untuk meringankan bebannya. Semoga ada sentuhan daripada sahabat-sahabat yang mengahayati rukun Ta'aruf, Tafaahum, Ta'awun dan Takaaful... Kalaupun tidak atas empat dasar ini, cukuplah atas kemanusiaan dan keinsanan. Moga dia masih punya sedikit tenaga untuk terus memberi nasihat.

Mulakan bantuan kita dengan DOA semoga Allah sembuhkan Ayahanda Ahmad Suji Bin Che Nik - No akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) - 02115-29-00016227-3


Rabu, 21 Mei 2014

KALAU TAK SUKA, PULANGKAN...

  1. Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.
     
     “Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
    “Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
    Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
    “Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

    Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

    “Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
    Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

    “Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

    “Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

    “Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
    “Fail saya kat depan tu mana?”
    “Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
    “Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
    Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

    —————————————————————————-

    “Saya nak ke out station minggu depan.”
    “Lama?” Soal Laila.
    “Dalam seminggu.”
    “Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
    “Budak-budak? “
    “Ikut jugalah.”
    “Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
    “Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

    Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

    ” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
    “Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

    Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

    “Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
    “Manalah saya ada masa..”
    “Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
    “Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
    Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
    “Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

    ———————————————————————————-

    “Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
    “Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
    Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
    “Awak masak apa?”
    “Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
    “Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
    “Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
    “Keluar!”
    “Mama dah masak Pa!”
    “Awak saja makan!”
    “Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
    Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
    “Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
    “Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
    “Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
    “Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
    Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

    Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
    “Laila..” serunya
    “Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
    “Sunyi pulak rumah ni mak,”
    “Lama-lama kau biasalah.”
    Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

    ———————————————————————————-

    “Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
    “Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
    “Tak ada lah?”
    “Ingat papa ni cop duit?”

    Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
    Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
    “Awak tak sihat ke?”
    Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
    “Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
    Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

    “Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

    Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

    “Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
    Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

    “Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
    “Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

    Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

    ———————————————————————————–

    “Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
    Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

    Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
    “Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
    “Abang!”
    “Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

    Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

    Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

    “Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
    “Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
    Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
    “Laila”

    —————————————————————————————————-

    “Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
    “Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
    “Ikut boleh?”
    “Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
    “Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
    “Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
    “Papa pesanlah..”
    “Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
    “Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
    “Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
    Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
    “Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
    “Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
    “Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

    Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

    “Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah. Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

    “Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

    “Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

    “Kalau tak suka pulangkan,”
    Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

    Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila. Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya. Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

    Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

    Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….
     

    Sekadar perkongsian,
    Copy & Paste dari FB : Resepi Bonda

Sabtu, 17 Mei 2014

Peribadi Berzikir...

 
  
 
Melalui zikir seseorang itu akan mendapat 10 kebaikan. Antaranya ialah :- 

[1] seseorang hamba itu akan dapat membentengkan diri daripada bisikan syaitan.

[2] Selain itu orang yang berzikir akan dilimpahi keredaan Allah,

[3] dimurahkan ruang rezekinya,

[4] membangkitkan aura sahsiah peribadi murni,

[5] dapat menghidup dan menjernihkan hati.

[6] Demikian juga katanya mukmin yang senang berzikir itu akan mencapai taraf hampir dengan Allah,

[7] mengelakkan diri daripada sifat mazmumah seperti mengumpat dan mengeji.

[8] Manfaat lain ialah seseorang itu akan berupaya membina fikiran yang positif, dinamik

[9] dan bersedia hidup penuh berani.

[10] Terakhir yang dikirakan amat penting kepada kita ialah dapat menenggelamkan sifat munafiq.


Copy Paste FB Pondok Pasir Tumboh 

Selasa, 6 Mei 2014

MOTIVASI PERDANA : BERGANDING TENAGA DENGAN ABG ZUAR XPDC



 

PROGRAM : MOTIVASI PERDANA : D.O.A. (DREAM + ORGANIZE + ACHIEVE)
TARIKH : 03 MEI 2014 (SABTU)
TEMPAT : TAHFIZ AN NUR, KG DESA JAYA, SUNGAI TONG, SETIU TERENGGANU
BERSEMPENA SAMBUTAN PERDANA ISRAK WAL MIKRAJ & AN NAKBAH PALESTIN 2014 TAHFIZ AN NUR SETIU...

Isnin, 5 Mei 2014

CERAMAH MOTIVASI KECEMERLANGAN PMR 2014 SMK BUKIT GUNTONG










04 MEI 2014
2.30 - 4.30 PETANG
SCOUT IN RESORT, TELUK KETAPANG
KUALA TERENGGANU.