Intelektual Sufi
"Jika anda ada sebiji epal dan saya pun ada sebiji, apabila anda berikan kepada saya epal tersebut dan saya pun berbuat demikian kepada anda (saling bertukar epal), maka anda masih memiliki sebiji epal dan saya pun sama. Tetapi apabila saya kongsikan pada anda satu ilmu dan anda berikan saya satu ilmu, maka saya akan memiliki dua ilmu dan anda pun dua ilmu."
- Tidak Rugi Berkongsi Ilmu -
- Tidak Rugi Berkongsi Ilmu -
Jom Jadi Usahawan...
Ahad, 27 April 2014
Ahad, 23 Februari 2014
BINGKISAN BUAT AKTIVIS 2020
CARA PRAKTIK
UNTUK MENGHAFAL AL-QURAN
Oleh : Dr. Abdul Muhsin Al-Qasim
(Imam dan Khatib Masjid Nabawi)
Segala puji
bagi Allah Rabb semesta alam, selawat dan salam semoga terlimpahkan kepada Nabi
kita Muhammad s.a.w. Dalam tulisan ini akan kami kemukakan cara termudah untuk
menghafal al-Quran. Keistimewaan teori ini adalah kuatnya hafalan yang akan
diperoleh seseorang disertai cepatnya wakktu yang ditempuh untuk mengkhatamkan
al-Quran. Teori ini sangat mudah untuk dipraktikkan dan inshaa Allah akan
sangat membantu bagi sesiapa saja yang ingin menghafalnya. Disini akan kami
bawakan contoh praktik dalam mempraktikkannya :
- Bacalah ayat pertama 20 kali :
يَاأَيّهَا النَّاس اتقوا ربّكم الذى خلقكم من نفس واحدة
وخلق منها زوجها وبثّ منهما رجالا كثيرا ونساء واتقوا الله الذى تساءلون به
والأرحام إنّ الله كان عليكم رقيبا (1)
- Bacalah ayat kedua 20 kali :
وءاتوا اليتامى أموالهم ولا تتبدّلوا الخبيث بالطيّب ولا
تأكلوا أموالهم إلى أموالكم إنّه كان حوبا كبيرا (2)
- Bacalah ayat ketiga 20 kali :
وإن خفتم ألّا تقسطوا فى اليتامى فانكحوا ما طاب لكم من
النساء مثنى وثلاث ورباع فإن خفتم ألّا تعدلوا فواحدة أو ما ملكت أيمانكم ذالك
أدنى ألّا تعولوا (3)
- Bacalah ayat keempat 20 kali :
وءاتوا النساء صدقاتهن نحلة فإن طبن لكم عن شيء منه نفسا
فكلوه هنيئا مريئا (4)
- Kemudian membaca 4 ayat di atas dari awal hingga akhir menggabungkannya sebanyak 20 kali.
- Bacalah ayat kelima 20 kali :
ولا تؤتوا
السفهاء أموالكم التى جعل الله لكم قياما وارزقوهم فيها واكسوهم وقولوا لهم قولا
معروفا (5)
- Bacalah ayat keenam 20 kali :
وابتلوا اليتامى حتّى إذا بلغوا النكاح فإن ءانستم منهم رشدا فادفعوا إليهم
أموالهم ولا تأكلوها إسرافا وبدارا أن يكبروا ومن كان غنيّا فليستعفف ومن كان
فقيرا فليأكل بالمعروف فإذا دفعتم إليهم أموالهم فأشهدوا عليهم وكفى بالله حسيبا
(6)
- Bacalah ayat ketujuh 20 kali :
للرجال نصيب
مما ترك الوالدان والأقربون وللنساء نصيب ممّا ترك الولدان والأقربون ممّا قلّ منه
أو كثر نصيبا مفروضا (7)
- Bacalah ayat kelapan 20 kali :
وإذا حضر القسمة أولوا القربى واليتامى والمساكين
فارزقوهم منه وقولوا لهم قولا معروفا (8)
- Kemudian membaca ayat ke 5 hingga ayat ke 8 untuk menggabungkannya sebanyak 20 kali.
- Bacalah ayat ke 1 hingga ayat je 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.
Demikian
seterusnya hingga selesai seluruh al-Quran, dan jangan sampai menghafal dalam
sehari lebih daripada 1/8 juzu’ agar tidak berat bagi anda untuk mengulang
menjaganya.
BAGAIMANA CARA
MENAMBAH HAFALAN PADA HARI BERIKUTNYA?
Jika anda
ingin menambah hafalan baru pada hari berikutnya, maka sebelum menambah dengan
hafalan baru, anda harus membaca hafalan lama dari ayat pertama hingga akhir
sebanyak 20 kali juga. Hal ini supaya hafalan tersebut kukuh dan kuat dalam
ingatan anda, kemudian anda memulai hafalan baru dengan cara yang sama seperti
yang anda lakukan ketika menghafal ayat-ayat sebelumnya.
BAGAIMANA CARA
MENGGABUNG ANTARA MENGULANG (MURAJA’AH) DAN MENAMBAH HAFALAN BARU?
Jangan
sekali-kali anda menambah hafalan tanpa mengulang hafalan yang sudah ada
sebelumnya, kerana jika anda menghafal al-Quran terus-menerus tanpa
mengulangnya terlebih dahulu hingga boleh menyelesaikan semua al-Quran,
kemudian anda ingin mengulangnya dari awal nescaya hal itu akan terasa berat
sekali, kerana tidak disedari anda akan banyak kehilangan hafalan yang pernah
dihafal dan seolah-olah menghafal semula daripada kosong. Oleh kerana itu, cara
yang paling baik dalam menghafal al-Quran adalah dengan mengumpulkan antara
muraja’ah (mengulang) dan menambah hafalan baru. Anda boleh membahagikan
seluruh mashaf menjadi tiga bahagian, setiap 10 juz menjadi satu bahagian. Jika
anda dalam sehari menghafal satu halaman, maka ulangilah dalam sehari empat
halaman yang telah dihafal sebelumnya hingga anda dapat menyelesaikan 10 juz.
Jika anda menyelesaikan 10 juz, maka berhentilah selama satu bulan penuh untuk
mengulang yang telah dihafal dengan cara setiap hari anda mengulang sebanyak 8
halaman.
Setelah satu bulan anda mengulang
hafalan, anda mula kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua
lembar tergantung kepada kemampuan, dan mengulang setiap harinya 8 halaman
sehingga anda boleh menyelesaikan 20 juz. Jika anda telah menghafal 20 juz,
maka berhentilah menghafal selama 2 bulan untuk mengulang, setiap hari anda
harus mengulang 8 halaman, jika sudah mengulang selama 2 bulan, maka mulakanlah
menghafal kembali setiap harinya satu atau dua halaman tergantung kemampuan dan
setiap harinya mengulang apa yang telah dihafal sebanyak 8 lembar, hingga anda
boleh menyelesaikan seluruh al-Quran.
Jika anda teleh menyelasaikan 30
juz, ulangilah 10 juz pertama secara tersendiri selama satu bulan setiap
harinya setengah juz, kemudian pindahlah ke 10 juz berikutnya juga setiap
harinya diulang setengah juz ditambah 8 halaman dari 10 juz pertama, kemudian
pindahlah untuk mengulang 10 juz terakhir dengan cara yang hampir sama, iaitu
setiap harinya mengulang setengah juz ditambah 8 halaman dari 10 juz pertama
dan 8 halaman dari 10 juz kedua.
BAGAIMANA CARA
MENGULANG AL-QURAN (30 JUZ) SETELAH MENYELESAIKAN MURAJA’AH DI ATAS?
Mulakanlah
mengulang al-Quran secara keseluruhan dengan cara setiap harinya 2 juz, dengan
mengulangnya 3 kali dalam sehari, dengan demikian maka anda akan mampu
mengkhatamkan al-Quran setiap 2 minggu sekali. Dengan cara ini, maka dalam
jangka satu tahun inshaa Allah anda telah mutqin (kukuh) dalam menghafal
al-Quran, dan lakukanlah cara ini selama satu tahun.
APAKAH YANG
DILAKUKAN SETELAH MENGHAFAL AL-QURAN SELAMA SATU TAHUN?
Setelah
menguasai hafalan dan mengulangnya dengan itqan (mantap) selama satu tahun,
jadikanlah al-Quran sebagai wirid harian anda hingga akhir hayat, kerana itulah
yang dilakukan oleh nabi s.a.w. semasa hidupnya, baginda membahagikan al-Quran
menjadi 7 bahagian dan setiap harinya baginda mengulang setiap bahagian
tersebut sehingga baginda mengkhatamkan al-Quran setiap 7 hari sekali.
‘Aus bin Huzaifah rahimahullah ; aku
bertanya kepada para sahabat Rasulullah s.a.w. bagaimanakah cara mereka
membahagikan al-Quran untuk dijadikan wirid harian? Mereka menjawab : “kami
kelompokkan menjadi 3 surah, 5 surah, 7 surah, 9 surah, 11 surah, dan wirid
mufasshal dari surah Qaaf hingga khatam (al-Quran)”. (HR. Ahmad).
Jadi mereka
membahagikan wiridnya sebagai berikut :
-
Hari Pertama : Membaca
surah al-Fatihah hingga akhir surah an-Nisa’
-
Hari kedua : dari surah
al-Maaidah hingga akhir surah at-Taubah.
-
Hari ketiga : Dari surah
Yunus hingga akhir surah an-Nahl.
-
Hari keempat : Dari surah
al-Isra’ hingga akhir surah al-Furqan.
-
Hari kelima : Dari surah
asy-Syu’ara’ hingga akhir surah Yaasin.
-
Hari keenam : Dari surah
as-Shoffaat hinggat akhir surah al-hujurat.
-
Hari ketujuh : Dari surah
Qaaf hingga akhir surah an-Naas.
Para ulama
menyingkat wirid nabi dengan al-Quran menjadi kata : “Fami bisyauqin (فمي بشوق )” . Dari
masing-masing huruf tersebut menjadi simbol
dari surah yang dijadikan wirid nabi s.a.w. pada setiap harinya, iaitu :
-
Huruf ‘fa’ symbol dari surah
“al-Fatihah”, sebagai awal wirid baginda s.a.w. hari pertama.
-
Huruf “mim” symbol dari surah
“al-Maaidah”, sebagai awal wirid baginda s.a.w. hari kedua.
-
Huruf ‘ya’ symbol dari surah
“yunus” , sebagai awal wirid baginda s.a.w. hari ketiga.
-
Huruf ‘ba’ symbol dari surah
“bani Israil” (nama lain dari surah al-Ira’), sebagai awal wirid baginda s.a.w.
hari keempat.
-
Huruf ‘syin’ symbol dari surah
“asy-Syua’ara’”, sebagai awal wirid baginda s.a.w. hari kelima.
-
Huruf ‘wau’ symbol dari surah “Wa
shafaat”, sebagai awal wirid baginda s.a.w. hari keenam.
-
Huruf ‘Qaaf’ symbol dari surah
“Qaaf”, sebagai awal wirid baginda s.a.w. hari ketujuh hingga akhir surah
“an-Naas”.
BAGAIMANA CARA
MEMBEZAKAN ANTARA BACAAN YANG MUTASYABIH (MIRIP) DALAM AL-QURAN?
Cara terbaik
untuk membezakan antara bacaan yang hampir sama (mutasyabih) adalah dengan cara
membuka mushaf lalu bandingkan antara kedua ayat tersebut dan cermatilah
perbezaan antara keduanya, kemudian buatlah tanda yang boleh dijadikan untuk
membezakan antara keduanya, dan ketika anda melakukan muraja’ah hafalan
perhatikan perbezaan tersebut dan ulangilah secara terus-menerus sehingga anda
mampu mengingatinya dengan baik dan hafalan anda menjadi kuat (mutqin).
KAEDAH DAN KETENTUAN
MENGHAFAL :
- Anda harus menghafal melalui seorang guru atau syeikh yang boleh membenarkan bacaan anda jika salah.
- Hafalkanlah setiap hari sebanyak 2 halaman, 1 halaman setelah subuh dan satu halaman setelah asar atau maghrib, dengan cara ini inshaa Allah anda mampu menghafal al-Quran secara mutqin dalam kurun waktu satu tahun, akan tetapi jika anda memperbanyak kapasiti hafalan setiap harinya maka anda akan sulit untuk menjaga dan memantapkannya, sehingga hafalan anda akan menjadi lemah dan banyak yang dilupakan.
- Hafalkanlah mulai dari surah an-Naas hingga surah al-Baqarah (membalik urutan al-Quran), kerana hal itu lebih mudah.
- Dalam menghafal hendaknya menggunakan satu mushaf tertentu baik dalam cetakan mahupun bentuknya. Hal itu agar lebih mudah untuk menguatkan hafalan dan agar lebih mudah mengingat setiap ayatnya serta permulaan dan akhir setiap halamannya.
KB MALL
05.30PM
23/02/2014
Rabu, 4 Disember 2013
INILAH JALANKU!!!
“Dan
bahawa sesungguhnya inilah jalanku (agama Islam) yang betul lurus, maka
hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain
dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari
jalan Allah, dengan yang demikian itulah perintahkan kamu, supaya kamu
bertaqwa.” (Al-An’am : 153)
![]() |
| Barisan Ko-Ordinator Program yang berdedikasi |
Sudah
diketahui bahawa setiap orang yang mempunyai matlamat akan berjalan di jalan
yang selamat, jalan yang boleh menyampaikannya kepada matlamatnya. Ia berusaha
sedaya upaya untuk mengenali jalan serta tanda-tandanya sebelum ia memulakan
perjalanan agar tidak terkeliru dan tersimpang ke jalan yang lain, tidak
terbuang dan tersia-sia usaha dan tenaganya, waktu dan masanya, tanpa bergerak
untuk sampai ke matlamat yang ditujunya. Lazimnya orang sedemikian akan meminta
bantuan daripada orang-orang yang arif dan pakar mengenai jalan tersebut untuk
mendapatkan tunjuk ajar dari mereka dengan syarat orang-orang itu boleh
dipercayai dan bersifat amanah dalam tunjuk ajarnya. Jika tidak, pasti ia akan
tidak berpuas hati dengan tunjuk ajar yang diberikan mengenai jalan tersebut.
![]() |
| Motivator Import dari SABAH |
Matlamat
menjadi mahal, tujuan menjadi suatu yang bernilai tinggi mengikut kadar minat
dan keinginan yang kuat untuk sampai kepadanya. Disinilah letaknya kepentingan
untuk mengenali jalan yang benar, waspada dan berjaga-jaga mengenai liku-liku
dan simpang siur yang boleh membawa seseorang itu semakin menjauhi dari
matlamat asalnya, terutamanya ketika mana berada dipersimpangan yang banyak
cabangnya, terkejar-kejar ke hulu dan ke hilir oleh orang yang sedia menunggu
di situ lebih-lebih lagi orang-orang berkepentingan menurut hawa nafsu sehingga
boleh menyimpangkan seseorang itu dari jalan yang benar. Mereka berlakon dan
berlagak sebagai penasihat-penasihat yang betul-betul tulus dan jujur, tetapi
sebenarnya membawa kepada lebih banyak kesamaran.
![]() |
| Tuan-Tuan Kecil (Imam Muda) |
Jalan Dakwah
Jalan
dakwah bermaksud jalan menuju kepada Allah, iaitu jalan menuju keredhaan dan
syurga Allah, juga jalan yang telah dirintis oleh baginda Rasulullah s.a.w.,
dan juga jalan yang sama pernah ditelusuri oleh semua para nabi dan rasul serta
jalan untuk para mukmin yang muttaqin kerana bagi mereka jalan dakwah itulah ‘Siratul Mustaqim’.
Diriwayatkan
daripada Abdullah ibn Mas’ud r.a. berkata : pada suatu hari, Rasulullah s.a.w.
membuat garisan dengan tangan kanan baginda kemudian bersabda : “Ini adalah
jalan Allah yang lurus.” Kemudian baginda s.a.w. menggariskan dengan tangan
kiri baginda lantas bersabda : “Ini jalan-jalan (garisan) tidak ada mana-mana
jalan melainkan di atasnya syaitan mengajak kamu semua kepadanya.” Kemudian
baginda s.a.w. membaca ayat al-Quran yang bermaksud :
“Dan
bahawa sesungguhnya inilah jalanku (agama Islam) yang betul lurus, maka
hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain
dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari
jalan Allah, dengan yang demikian itulah perintahkan kamu, supaya kamu
bertaqwa.”
(Al-An’am : 153)![]() |
| Mati Itu Pasti |
Dakwah
Kepada Allah
Berlandaskan
kepada perintah Allah s.w.t. yang mewajibkan setiap individu muslim
menyampaikan dan menyebarkan islam, dakwah telah menjadi aktiviti asas yang
sangat mendasar sifatnya menurut tahap dan kemampuan masing-masing.
Imam
Asy-Syahid Hasan al-Banna menjelaskan bahawa jalan dakwah adalah jalan yang
satu. Kita wajib beriltizam dengannya, jangan menyeleweng daripadanya kerana
sesungguhnya ia adalah jalan yang telah dicontohkan oleh baginda Rasulullah
s.a.w. Bahkan, bagindalah orang yang paling arif mengenai jalan dakwah. Beliau
menjelaskan :
“Jalan dakwah adalah jalan yang
satu yang pernah dilalui dan di jalani oleh Rasulullah s.a.w. dan juga para
sahabatnya terdahulu. Jalan ini dilalui juga oleh para du’at dan kita juga
harus berjalan di atas jalan itu insyaa-Allah, dengan taufiq dari Allah kelak
berbekalkan iman, amal, kasih sayang dan persaudaraan. Kita mengajak mereka
kepada beriman dan beramal, kemudian menyatukan hati-hati mereka atas kasih
sayang dan persaudaraan. Maka akan terkumpullah kekuatan dan tenaga aqidah
menjadi tenaga penyatuan, dan jadilah jama’ah mereka sebagai jama’ah contoh
yang pasti akan menzahirkan kalimahnya dan mendapat kemenangan dakwahnya,
walaupun dihalangi oleh seluruh penghuni bumi ini.”
Allah
Matlamat Kami
Rasul
Ikutan Kami
Al-Quran
Panduan Hidup Kami
Jihad
Jalan Juang Kami
Mati
Syahid Cita-Cita Tertinggi Kami
INILAH JALANKU!!!
Isnin, 14 Oktober 2013
Salam Aidiladha 2013M/1434H
![]() |
| Selepas solat 'Idil Adha, Masjid Sg. Tong |
![]() |
| Selepas Pulang Dari solat 'Idil Adha |
Kisah yang menjadi kesinambungan atau simbolik kepada hari raya
aidiladha, adalah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s., yang diperintahkan oleh
Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s melalui mimpi. Lalu, Nabi
Ibrahim membenarkan mimpinya itu, akan tetapi sewaktu Nabi Ibrahim hendak
menyembelih anak kesayangannya, anaknya digantikan oleh seekor kambing.
![]() |
| Baru nak sembelih |
Sebenarnya, banyak pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah
tersebut yang termaktub di dalam Al-Qur'an dalam surah Ash-Shaffat ayat 101 -
111. Antaranya :
1) Nilai penghambaan yang tinggi kepada Allah.
Nabi Ibrahim a.s. taat serta patuh kepada perintah Allah, tanpa
mempersoalkan perintah yang Allah beri kepadanya.
2) Perintah Allah mempunyai hikmah.
Nabi Ibrahim a.s. serta Nabi Ismail a.s. pasrah dalam
melaksanakan perintah Allah, dan Allah menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan
kambing.
3) Pengorbanan seorang bapa.
Demi mendapat redha Allah, Nabi Ibrahim a.s. sanggup membenarkan
mimpinya terhadap anaknya kesayangannya Nabi Ismail a.s. Hal ini kerana, Nabi
Ismail a.s. merupakan anak kesayangan buat Nabi Ibrahim a.s.
![]() |
| Proses melapah kulit |
Sememangnya, kisah Nabi Ibrahim a.s. dapat memberi pengajaran
serta gambaran tentang erti pengorbanan, dan alangkah indahnya sekiranya kita
dapat menghayati erti pengorbanan tersebut serta mengaplikasikannya dalam
kehidupan kita. Sesungguhnya dengan pengorbanan, sesuatu yang amat berharga
dapat dicapai dan kemanisannya dirasai dengan hadirnya pengorbanan.
![]() |
| Menghayati erti sebuah pengorbanan |
Akhir kata,
KAMI di TAHFIZ AN NUR SETIU ingin mengucapkan salam aidiladha,
maaf zahir batin kepada semua.
Rabu, 11 September 2013
Catatan Tahfiz An-Nur
![]() |
| Jalan Masuk ke Tahfiz An-Nur bersama Abu Bakar Al-Bugisy |
Sudah agak lama saya tidak menulis di blog ini kerana kekangan kerja yang banyak. Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai kelebihan menghafaz al-Quran. Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran :
- Ganjaran di dunia.
- Ganjaran di akhirat.
![]() |
| Kelas Hafazan 8.30am hingga 11.30am |
Ganjaran di dunia
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golonganHamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Seorang ustaz pernah menyatakan bahawa :
- Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah)
- Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
- Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
- Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
![]() |
| Bacaan Surah-Surah Pilihan setiap hari isnin-rabu selepas solat maghrib |
Ganjaran di akhirat
- Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
- Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
- Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)
Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.
![]() |
| Ustaz Mahmud As-Sabahi |
Langgan:
Catatan (Atom)





















