Intelektual Sufi

"Jika anda ada sebiji epal dan saya pun ada sebiji, apabila anda berikan kepada saya epal tersebut dan saya pun berbuat demikian kepada anda (saling bertukar epal), maka anda masih memiliki sebiji epal dan saya pun sama. Tetapi apabila saya kongsikan pada anda satu ilmu dan anda berikan saya satu ilmu, maka saya akan memiliki dua ilmu dan anda pun dua ilmu."

- Tidak Rugi Berkongsi Ilmu -

Jom Jadi Usahawan...

Sabtu, 29 Disember 2012

Segalanya Bermula Dari Sini...



                  "Sebaik-baik manusia adalah yang mampu memberikan sumbangan kebaikan kepada orang lain"


Bicara Aluan Caliph Akademi Next Abdul Rahman ‘Auf (N.A.R.A.)

 
Sesungguhnya kewujudan kita di persada alam ini bukan satu kebetulan atau sekadar untuk hidup semata-mata atau untuk tujuan bermain-main serta memburu keseronokan. Sebaliknya kehidupan yang diberikan dalam jangkamasa yang terbatas ini adalah medan untuk kita memberikan sumbangan dan pemberian sebanyak yang boleh. Segala prasarana dan kemudahan yang diberikan oleh Allah swt adalah modal untuk kita memulakan perniagaan dengan pencipta. Beriman dengannya dan melakukan transformasi jihad dengan mengorbankan harta dan diri ke arah menyumbang bakti untuk melestarikan pembangunan modal insan berlandaskan tasawwur Tarbiyyah Islamiyyah yang meliputi aspek rabbaniah, insaniah dan maddiah adalah urus niaga serta transaksi untuk menjauhi diri daripada termasuk orang rugi dan menempah azab ilahi yang tidak terperi.


Sebagai rasa tanggungjawab terhadap taklif yang diberikan, suatu tanggungjawab yang besar untuk membawa sahabat-sahabat ke arah satu destinasi memburu satu kecemerlangan, satu perancangan, satu tindakan strategik serta satu perasaan susah senang bersama. Seruan untuk semua bahawa umur, kesihatan, kesempatan, kemudaan, kesenangan dan kehidupan yang diberikan akan dipersoalkan kepenggunaannya oleh pemiliknya. Justeru marilah kita gunakan semaksima yang termampu untuk kita bersama berubah menjadikan kerjaya, peranan dan hidup ini sebagai satu pelaburan untuk mensasarkan dividen di hari yang tiada bantuan kecuali iman dan amalan yang soleh sesejuk salji.



In closing, I would like to stress that NARA has been blessed with team of committed, dedicated and pro-active leaders and partners who have always rallied behind the management and my leadership. We look forward to another year of us working together as a team to further promote a culture of Pioneering. Sustainable. Innovative. Synergy.
 Wassalam…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan