Ada yang bertanya bagaimana nak mengharungi kehidupan apabila hidup semakin bertambah susah?
Bagaimana nak bertahan tatkala kita sedih, keseorangan dan tinggal duit tak seberapa?
Ingatlah, mengharungi ujian kehidupan ialah bagaikan merentasi hutan yang tidak pernah diterokai.
Ketika merentasi hutan, kita menebas pokok .... dan tiba-tiba kita terserempak dengan sekumpulan binatang buas... tiba-tiba minda kita tidak memikirkan benda lain, selain sekarang..
Kita lupa mengenai hal masa depan. Semua usaha dan tenaga kita adalah untuk langkah seterusnya, langkah satu lagi, satu inci satu inci sehinggalah kita melepasi kumpulan binatang buas tersebut.
Strategi yang sama adalah berkesan untuk kehidupan seharian.
Apabila ujian kehidupan bertambah sukar, kita fokuskan segala tenaga dan usaha pada apa yang ada di depan, langkah seterusnya.
Kita selesaikan masalah satu per satu. Ambil satu langkah kecil demi langkah kecil... apabila kita bertambah keyakinan... kita ambil langkah seterusnya.
Insya-Allah, tanpa sedar, anda akan keluar dari kemelut kehidupan yang ditentukan Allah.
Buang sikap berasa bimbang terhadap apa yang perlu dilakukan bulan depan, apa yang akan tersilap pada masa depan - itu adalah pintu untuk bisikan syaitan menguasai minda kita dengan pelbagai bayangan dan khayalan yang menakutkan.
Jika 24 jam terlalu sukar untuk anda harungi, harungilah 5 minit setiap langkah dengan senyuman dan fokus 100 % tenaga. Insya-Allah tenaga positif akan menyelubungi jiwa dan minda anda yang diselubungi awan gelap akan nampak cahaya matahari dengan kadar segera.
Ingatlah, dalam setiap ujian Allah, bagi kita yang kerdil ini, apa yang boleh dilakukan ialah memberikan segalanya yang ada sebelum kita tidur semula.
Biarlah esok untuk hari esok. SENYUM.Sumber : https://www.facebook.com/ustaztitm?ref=streamAt Istiqomah Centre (I.C.)10.47am