Intelektual Sufi

"Jika anda ada sebiji epal dan saya pun ada sebiji, apabila anda berikan kepada saya epal tersebut dan saya pun berbuat demikian kepada anda (saling bertukar epal), maka anda masih memiliki sebiji epal dan saya pun sama. Tetapi apabila saya kongsikan pada anda satu ilmu dan anda berikan saya satu ilmu, maka saya akan memiliki dua ilmu dan anda pun dua ilmu."

- Tidak Rugi Berkongsi Ilmu -

Jom Jadi Usahawan...

Jumaat, 24 Mei 2013

E-Mail Dari Dr. Azizan Osman






From                ; Dr Azizan Osman  
To                    : Mahmud b. Jamaludin

Mahmud b. Jamaludin.

Berdasarkan pengalaman saya berjumpa dengan orang ramai, saya melihat mereka semua ini berpotensi menjadi jutawan.

Malah lebih daripada itu.

Ada beberapa insan yang saya lihat mereka boleh mencapai status bilionair.

Namun realitinya tidak begitu.

Mengapa ya Mahmud b. Jamaludin?

Kerana jiwa mereka kecil.

Orang yang berjiwa kecil, tidak akan memperoleh hasil yang besar atau berganda.

Pesan sahabat saya iaitu Chef Li,

"Ramai orang tergolong dalam golongan berjiwa kecil, dan mereka selesa dengan kekecilannya 
sendiri.

Berbelas dan berpuluh tahun hidup dalam kekecilan. Dikelelingi oleh komuniti orang kecil, berkawan dengan orang-orang berjiwa kecil.

Lalu kita menjadi sebati dengan jiwa-jiwa kecil ini, dan tidak lagi mempunyai kemampuan untuk melihat impian yang besar-besar."

Tambah beliau lagi,

"Kerana impian yang besar haknya adalah untuk mereka yang berjiwa besar."

Tanya pada diri kita hari ini, Mahmud b. Jamaludin.

Adakah kita memiliki jiwa yang kecil atau jiwa yang besar?

Orang yang kaya dan berjaya adalah mereka yang berjiwa besar.

Mereka memiliki:

1) Impian yang besar.

2) Tindakan yang besar.

3) Rancangan yang besar.

Dengan kata lain, mereka tidak mensia-siakan setiap saat dalam kehidupannya.

Semoga e-mel ini dapat membantu Mahmud b. Jamaludin mencipta lebih banyak kejayaan dan
kekayaan.

Nantikan e-mel saya yang seterusnya.

Terima kasih Mahmud b. Jamaludin kerana sudi meluangkan masa untuk membaca e-mel saya.


 P/s : Versi Intelektual Sufi 
1) Wawasan Islam yang Besar
2) Amal yang Berterusan Lagi Berpaksikan Kebenaran
3) Perancangan Strategik yang Berkesan 

Al-Faqir Ilallah,
Intelektual Sufi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan