Intelektual Sufi

"Jika anda ada sebiji epal dan saya pun ada sebiji, apabila anda berikan kepada saya epal tersebut dan saya pun berbuat demikian kepada anda (saling bertukar epal), maka anda masih memiliki sebiji epal dan saya pun sama. Tetapi apabila saya kongsikan pada anda satu ilmu dan anda berikan saya satu ilmu, maka saya akan memiliki dua ilmu dan anda pun dua ilmu."

- Tidak Rugi Berkongsi Ilmu -

Jom Jadi Usahawan...

Isnin, 14 Oktober 2013

Salam Aidiladha 2013M/1434H




Selepas solat 'Idil Adha, Masjid Sg. Tong
Alhamdulillah, kerana masih diberi kesempatan pada waktu ini untuk berkongsi. Alhamdulillah sekali lagi, kerana hari ini umat islam masih berkesempatan untuk menyambut hari raya aidiladha atau nama yang menjadi kelaziman rakyat malaysia, sebagai hari raya korban.

Selepas Pulang Dari solat 'Idil Adha
Kisah yang menjadi kesinambungan atau simbolik kepada hari raya aidiladha, adalah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s., yang diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s melalui mimpi. Lalu, Nabi Ibrahim membenarkan mimpinya itu, akan tetapi sewaktu Nabi Ibrahim hendak menyembelih anak kesayangannya, anaknya digantikan oleh seekor kambing.

Baru nak sembelih
Sebenarnya, banyak pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah tersebut yang termaktub di dalam Al-Qur'an dalam surah Ash-Shaffat ayat 101 - 111. Antaranya :

1) Nilai penghambaan yang tinggi kepada Allah.

Nabi Ibrahim a.s. taat serta patuh kepada perintah Allah, tanpa mempersoalkan perintah yang Allah beri kepadanya.

2) Perintah Allah mempunyai hikmah.

Nabi Ibrahim a.s. serta Nabi Ismail a.s. pasrah dalam melaksanakan perintah Allah, dan Allah menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan kambing.

3) Pengorbanan seorang bapa.

Demi mendapat redha Allah, Nabi Ibrahim a.s. sanggup membenarkan mimpinya terhadap anaknya kesayangannya Nabi Ismail a.s. Hal ini kerana, Nabi Ismail a.s. merupakan anak kesayangan buat Nabi Ibrahim a.s.

Proses melapah kulit
Sememangnya, kisah Nabi Ibrahim a.s. dapat memberi pengajaran serta gambaran tentang erti pengorbanan, dan alangkah indahnya sekiranya kita dapat menghayati erti pengorbanan tersebut serta mengaplikasikannya dalam kehidupan kita. Sesungguhnya dengan pengorbanan, sesuatu yang amat berharga dapat dicapai dan kemanisannya dirasai dengan hadirnya pengorbanan.

Menghayati erti sebuah pengorbanan

Akhir kata, 
KAMI di TAHFIZ AN NUR SETIU ingin mengucapkan salam aidiladha, maaf zahir batin kepada semua.