Intelektual Sufi

"Jika anda ada sebiji epal dan saya pun ada sebiji, apabila anda berikan kepada saya epal tersebut dan saya pun berbuat demikian kepada anda (saling bertukar epal), maka anda masih memiliki sebiji epal dan saya pun sama. Tetapi apabila saya kongsikan pada anda satu ilmu dan anda berikan saya satu ilmu, maka saya akan memiliki dua ilmu dan anda pun dua ilmu."

- Tidak Rugi Berkongsi Ilmu -

Jom Jadi Usahawan...

Rabu, 5 Jun 2013

Motivasi Iman & Amal


Ada yang bertanya bagaimana nak mengharungi kehidupan apabila hidup semakin bertambah susah?
  • Bagaimana nak bertahan tatkala kita sedih, keseorangan dan tinggal duit tak seberapa?

    Ingatlah, mengharungi ujian kehidupan ialah bagaikan merentasi hutan yang tidak pernah diterokai.

    Ketika merentasi hutan, kita menebas pokok .... dan tiba-tiba kita terserempak dengan sekumpulan binatang buas... tiba-tiba minda kita tidak memikirkan benda lain, selain sekarang..

    Kita lupa mengenai hal masa depan. Semua usaha dan tenaga kita adalah untuk langkah seterusnya, langkah satu lagi, satu inci satu inci sehinggalah kita melepasi kumpulan binatang buas tersebut.

    Strategi yang sama adalah berkesan untuk kehidupan seharian.
    Apabila ujian kehidupan bertambah sukar, kita fokuskan segala tenaga dan usaha pada apa yang ada di depan, langkah seterusnya.

    Kita selesaikan masalah satu per satu. Ambil satu langkah kecil demi langkah kecil... apabila kita bertambah keyakinan... kita ambil langkah seterusnya.

    Insya-Allah, tanpa sedar, anda akan keluar dari kemelut kehidupan yang ditentukan Allah.

    Buang sikap berasa bimbang terhadap apa yang perlu dilakukan bulan depan, apa yang akan tersilap pada masa depan - itu adalah pintu untuk bisikan syaitan menguasai minda kita dengan pelbagai bayangan dan khayalan yang menakutkan.

    Jika 24 jam terlalu sukar untuk anda harungi, harungilah 5 minit setiap langkah dengan senyuman dan fokus 100 % tenaga. Insya-Allah tenaga positif akan menyelubungi jiwa dan minda anda yang diselubungi awan gelap akan nampak cahaya matahari dengan kadar segera.

    Ingatlah, dalam setiap ujian Allah, bagi kita yang kerdil ini, apa yang boleh dilakukan ialah memberikan segalanya yang ada sebelum kita tidur semula.

    Biarlah esok untuk hari esok. SENYUM.



    Sumber : https://www.facebook.com/ustaztitm?ref=stream 

    At Istiqomah Centre (I.C.)
    10.47am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan