Intelektual Sufi

"Jika anda ada sebiji epal dan saya pun ada sebiji, apabila anda berikan kepada saya epal tersebut dan saya pun berbuat demikian kepada anda (saling bertukar epal), maka anda masih memiliki sebiji epal dan saya pun sama. Tetapi apabila saya kongsikan pada anda satu ilmu dan anda berikan saya satu ilmu, maka saya akan memiliki dua ilmu dan anda pun dua ilmu."

- Tidak Rugi Berkongsi Ilmu -

Jom Jadi Usahawan...

Sabtu, 31 Mei 2014

Jom Jadi Usahawan!




Kisah Semut dan Kuda

Pada suatu hari, seekor kuda sedang beristirehat kerana merasa kepenatan setelah memikul barangan yang membebankan. Beban yang cuma sebesar setengah daripada punggungnya itu telah diletakkan dipunggungnya oleh majikan kuda itu. 


Perjalanan yang begitu berat ditambah pula hari yang begitu panas terik, maka kuda itu pun beristirehat di pohon rendang, dengan nafas yang termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih.

Ketika kuda itu sedang beristirehat t, tiba-tiba lalulah segerombolan semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira sambil membawa makanannya juga. Sambil membawa beban masing-masing, ada yang membawa bangkai, tulang-tulang binatang termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya lagi. Kuda itu itu berasa hairan apabila melihat segerombolan semut itu senang hati dengan riang gembira bernyanyi-nyanyi. 

Semut juga melihat kuda terduduk dalam keadaan kepenatan. Sebaik sahaja menghampiri kuda tersebut, ketua semut itu bertanya kepada kuda,  

“Hai kuda, apa yang sedang kau lakukan di sini.”

“Saya sedang berehat wahai semut,” jawab kuda.

“Kenapa kau kelihatan begitu penat sekali,” tanya semut lagi.

“Itulah dia saya begitu penat sekali sebab membawa beban ini, beban yang tidak sebesar badanku ini tapi tersangatlah penat bagiku,” jawab kuda itu lagi.

Maka semut itu pun bertanya, “Siapa punya beban yang kau bawa itu, wahai sang kuda?” 

Maka kuda pun menjawab, “Bos aku punya, yang sedang minum dan makan-makan di
bawah pohon di sebelah sana tu.” 

“Oh begitu....” kata sang semut tersebut sambil tersenyum..

Sang kuda berkata, “Eh! Kamu semua ini pula, kenapa nampak begitu gembira?” tanya sang
kuda kepada sang semut tadi. 

“Kami memang begini setiap hari. Kami juga membawa beban yang berat bahkan lebih berat dari badan kami tetapi kami rasa gembira sekali.” 

“Kenapa boleh jadi begitu ya?” tanya sang kuda dengan rasa hairan.

Ketua semut itu diam sejenak lalu berkata: “Barangkali kerana kita mempunyai jurang perbezaan wahai kuda.”

“Apa perbezaannya?” tanya kuda. 

“Kamu membawa beban yang berat tetapi beban yang berat itu bukan kepunyaanmu, tetapi majikanmu yang sedang makan minum di bawah pohon sana sedangkan, kami semua membawa beban memang lebih besar daripada badan kami tetapi beban-beban ini adalah kepunyaan kami sendiri, dan bukannya bos kami.” demikian penjelasan semut. 

Kuda itu termanggu-manggu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tetap seekor kuda. 

Apakah moral yang boleh kita perolehi dari cerita ini? 

Ada banyak! 

Tetapi satu pengajaran yang boleh kita ambil disini ialah... 

Walaupun beban, dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh seseorang usahawan di dalam dunia perniagaan itu selalunya lebih besar dari dunia makan gaji, namun, mereka akan tetap sentiasa tabah dan gembira menghadapinya. 

Kerana, mereka tahu, mereka sedang berusaha untuk mencapai impian mereka sednriri, dan bukannya impian orang lain atau impian bos mereka.

 Petikan dari Laporan khas yang dibawakan oleh www.sifumalaysia.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan